Ahad, 23 Oktober 2011

Bye2 Facebook , Hai2 SpM ..

 urmm , spm makin dekat , korang cuak tak ? haha, aku nak kc tau sikiit benda betul tentang aku ..


spm made some spm candidates restless !


-sebenarnya aku takda cuak kat spm ni dah
-aku lagi cuak bila aku tak cuak kat spm
-sedang berubah ke arah kebaikan sekarang

-aku tinggalkan FB kejap , aku minta kawan aku tukar password FB aku .
-spm tu penting ,jadi aku taknak sia-siakan
-aku tak target pun untuk spm ni
macam2 cerita yang berlaku dan terjadi daripada FB :')

-aku nak cuba nasib je
-aku cuma pk apakah yang ada dalam U tu
-lagi 5 minit password aku akan ditukar :(

-aku suka bg semangat kat kawan2 aku
-sebab aku pun nak semangat tu dtg kat aku
-cuba,cuba dan masih mencuba

-aku tak secekap korang yang dah target A's tu
-Aku tak sepandai korang yang dah hafal nota2 tu
-tapi aku adalah aku !

~sekarang aku cuba nasib badan aku,Insya-Allah lulus spm aku .. Amin ..kawan2 tolong aku ye ^^ ~
~walaupun aku tak mula macam korang tapi aku nak berakhir macam korang yg A's dlm hidup tu~
~aku sayang mak , abah ,adik aku, kawan2 , sekolah , kau , dan aku ~ bye Assalamualaikum :')

Khamis, 20 Oktober 2011

Makk susah sebab aku ..

Bila Aku sakit semua benda jadi tak kena ::: mulalah menyusahkan orang lain , antaranya yg paling banyak aku susahkan ialah mak aku :')

mak seperti bidadari yang turun dari langit :')

akibat jari kaki tu , sekarang bertambah pulak sakit ulu hati , sakit kepala , disebabkan ubat !
aku bukan seorang yang meminati ubat dan tak suka pergi Hosp atau Klinik !! tapi kesiankan mak ,pergi jugaklah .. semalam aku makan ubat tahan sakit , lepas makan kepala aku tingtong sampai pagi tadi ..semlam jam 2 pg aku terjaga , aku lapar pergilah dapur makan nasi , tp...tekak aku tak boleh terima :(

aku nak masak bubur tp aku rasa mcm nak pitam , aku pun kejutlah mak aku , kesian aku tgk mak aku pepagi terpaksa msakkn bubur .. aku pun gorenglah sikit lauk buat pemasin tekak , tiba2 badan aku goyang2 ,kepala berputar rasanya ... aku tutup api terus baring , memang tak larat ..

pastu bubur pun masakk .. mak aku tanya nak mak cedokkan ke ? aku kata takpe2 , along cedok sndiri ..
aku pun bgn amik bubur ,duduk dan makan ,tapi... kepala aku pulak sakit .. aku pon simpan bubur tu dlm peti .. lepas simpan aku terus tidur , sakitt , jam 6.30 a.m aku tersedar lagi , nilah waktu untuk aku bersiap2 ke sekolah .. tapi kepala aku masih nak meletup .. terus tak sekolah ..



kesian mak , makk makk along banyak buat dosa kat mak , along tak janji jadi anak yang akan bg mak 9A seperti budak2 yg cemerlang , along pun ta boleh janji untuk menyediakan mak Sebuah Istana di Syurga :')

tapikan mak ,along hanya boleh mencuba supaya tunaikan impian mak nak tengok along jadi pendidik ..
along cuba ye mak , yg pasal Syurga tu , along hanya mencuba menjaga tatasusila along sbg anak yang Solehah untuk mak dan abah tak tanggung Dosa2 along ..

anakmu mulai membesar dan semakin menyusahkanmu :'(

along tak janji ye mak , along takut bila along berjaya mdpt 9A , along akan riak dan lupakan mak ..
tapi itu semua kerja Tuhan , along ikut sahaja alur kehidupan ini .. terima kasih sudi jaga along yang sakitt ni :)

I AM SORRY FOR NOT BEING THE PERFECT DAUGTER TO YOU MOM N DAD <3
But I am still Wish U in All my pray , for yours happiness <3 lovee u mom , dad :')

Rabu, 19 Oktober 2011

Bila aku Sakit ..

semalam aku menghadapi 2 insiden :) memang kelakar ..

sejak 2 bulan yang lalu , aku selalu sakit2 kat bahgian dada , belakang badan , kat paru2 ..memang sakit tau ..
pastu semalam dia sakit lagi , kadang2 dlm sehari lebih 5x sakitnya , ouchh..lalu, aku pun bg tahu makcik aku dia marah aku kenapa tak bg tahu awal2 ,akhirnya makcik aku tepon mak aku suruh bawak pergi Klinik ..

masa tu keluarga aku keluar pg kajang , aku tusyen .. dalam 10.30 mak aku kata siap2 nnt terus je pergi Klinik ,
sebelum tu kat umah aku bukk la psal tanda2 sakit dada , salah satu ciri2nya ialah kesan daripada kemalangan atau jatuh ,lantas aku pun cakap pernah ke aku accident ? ahha .. masa nak kluar rumah smpai ke lift ,tiba2 aku lupa nak bawak I/C ,aku pun lari pergi amik ic , masa aku nak keluar rumah tu aku kelam-kabut nak laju la katakan :)

yang bestnya ,masa aku tarik pintu rumah dengan daya yang agak laju, kuat dan ringan

aku lupa nak tarik kaki aku ke belakang , tiba2 GEDEGANGGG !!


bunyi pintu berlaga dengan ibu jari kaki aku :( ouch sakitnya sampai tak terasa ..
jari aku termasuk kat bawah pintu tu .. masa tu aku cuma boleh ckp TAKPELAH biasa je kot ..
tapi masa aku jalan aku mulai sakit dan mengesot , aku tengok jari kaki aku dah mengalir2 darah..
masa tu kaki aku kebas dan sjuk2 je ..

aku cabut kasut pkai sebelah je , kadang2 mulut aku ni masin .. punyalah tadi nak pergi klinik sebb sakit dada ,tak sangka plak 2 in 1 :) sampai2 klinik sume org tgk aku , HAHA .. muka dorang sayu dan takut tgk kaki aku .. siap tny lagi kenp tu ? ahha , aku cuma jawab tersepit pintu (:
masuk bilik rawatan ,akk misi tu sapu ubat pastu dia kata kuku aku ni kena C A B U T , tak tentu arah aku dengarnya , aku terus jawab : haaa..tak nak kak :( 

ni ha kakiku yang dibalut macam mayat !



akk tu jawab selalunya mcm ni mmg kena cabut ,.. ummm ..baru je aku tengok aritu kuku sedara2 aku takde ..aku tak nak ! akhirnya , doktor dtg dia amik penyepit tarik2 kuku aku , Dia kata : Oh ni melekat lagi ni , kalau nak cabut pun boleh , taknak makan antibiotik je .. aku terus je jawab Alhamdulillah , aku sanggup makan ubat dr hilang kuku :) yang pasal dada tu doc tu cakap tu aku sakit ulu hati dan gastrik , hem tu mmg penyakit aku , tp dah lama hilang tak sangka datang balik, Welcome Back Gastrick :)

smpai rumah kaki aku sakit sangattt , smpailah sekarang asal aku jalan je dia sakitt ! gila arh ..
tp ubat yg aku makan tu memang mengantukkan aku :zzZZzz :)
yang penting kuku kaki aku selamat dari dicabut , Hehe ,

ALHAMDULILLAH :D


Selasa, 18 Oktober 2011

Aku benci Gaduh !

G A D U H 

aku tak suka gaduh , aku benci gaduh , aku tak suka sangat2 bila bergaduh ..kau tahu tak gaduh tu perit , kau tahu tak yang gaduh tu boleh putuskan tali silaturrahim ? kau tahu tak itu d o s a ??
cuba kau jawab soalan aku , kenapa kau suka gaduh ? best ke ? 
kau nak sangat gaduh dengan aku , okey tapi jangan pernah kau menyesal !! aku sakit hati sangat2 bila orang nak gaduh ngan aku lepas aku dah baik2 dgn dia , Rasa tak dihargai langsung :(

aku benci bila gaduh dengan org yg aku percaya ! sebab sakit sangat hati bila kita cakap tp tak diendahkan..
aku benci gaduh dengan kawan dan makhluk sekalian alam , sebab ianya buat aku serabut, kejam dan tiada simpati ! 



aku terima bila aku sakit , dihina , diperli tapi aku tak suka nak mengsakitkan org , tak suka nak menghina orang , benci memerli orang :( sebab perkara itu sangat memedihkan hati , menghiris hati ! 
kalau aku buat kaurang sakit hati itu cuma secebis berbanding apa yang kaurang buat pada aku..

selama aku kenal orang tu aku akn sabar dgnnya, tapi sekali disakiti aku simpan weh , aku ingat sampai mati ...bila aku buat kau balik itu tandanya aku nak beri kau sikit pengajaran supaya kau tak buat dekat org lain lagi.. sebab aku tahu rasa perit bila disakiti :"(

cuma sbagai manusia biasa , aku hanya boleh memujuk diri aku agar memaafkan kaurang :(
aku masih boleh bersabar hingga ke akhir nafasku ....
aku tak suka marah2 nanti aku yang nangisssssss , benci tahu !

Ahad, 9 Oktober 2011

masaaa takk cukupp

huwaaaaa....
 

1----------- cuma tinggal 34 hari je lagi :"(


2----------tak lama lagi tinggal 24 hari :O


3----------lepasni tinggal 14 hari , mana cukup ! :(


4----------tinggal 4 hari menghitungg hari demi hariiku untuk masuk DEWAN PEPERIKSAAN !!

3 harii-----takutttt

2  hari----makin menakutkannnnn >,<""

1 Hariiii-------------MATILAHHH AKU KALAU TAK ULANG KAJI SEKARANG !! arghhhhhh


0 sampai jugak harinya!------------------masuk dewan jawab pastu balik (harap2 harini aku jwb dgn baik)

AMIN >>

aku mula 14/11 tamat 13/11 , doakan aku selamat dan tenang menjawab :')
lepas ni tamatlah statusku sebagai seorang pelajar menengahh , hukhukhuk :'((

  
  
aku pasti akan rindu semua perengai bebudak sekolah menengah , sayang korang sangat2 wahai pelajar 
5 Bakti  dan cikgu2 sekalian .....................

#dah takde mase untuk aku berfacebook, berblogging, bercintee , Arghh tak kesahhh >,,<