Khamis, 8 Mac 2012

ost pulau tv9


okay sape pernah tengok cite ni? baru je mula ditayangkan pada 22 februari 2012, okey so harini episod ketiga la kan bagi drama ni , em bagi aku cerita ni best sangat sebab misterii , aku suka benda misteri . yang paling best lagu drama ni haa mata ke hati from pompa bensin .. kemain aku carik tadi tapi masih tak jumpa , aku lupa plak yang cite ni masih baru kan . em korang nak tau pasal sinopsis dia ke ? aku tak suka tau pasal sinopsis sesuatu cerita sebab nanti takkan menarik ah pada aku :3 *lari topik lak aku , hehe .

Ni sinopsis drama Pulau ni ye :

Mengisahkan sekumpulan remaja yang telah memenangi pakej pelancongan ke Pulau Sanggar. Antara yang menyertai percutian itu ialah blogger terkenal Yana(lakonan Sharifah Amani) , Azri usahawan muda(lakonan Bront) , Aqilah seorang peramugari (lakonan Natasha Hudson), Noni (lakonan Amyza Adnan), Pali( Chomatt Samad) , Pian Komando, Madam Zara (lakonan Fazlina Ahmad Daud) pemilik agensi pelancongan itu.
Dalam perjalanan ke Pulau Sanggar itu, bot yang membawa mereka telah mengalami kerosakan dan terdampar di pulau itu. Apabila mereka sedar bot yang memabwa mereka sudah tidak ada lagi.
Mereka terpaksa hidup di pulau tersebut tanpa keperluan asas dan belajar cara nak harungi kesusahan di hutan.
Kejadian pelik dan aneh mula menghantui mereka apabila seorang demi seorang dari kalangan mereka mati dibunuh tanpa mengetahui siapa yang membunuh.
Misteri pembunuhan semakin lama semakin terungkai apabila mereka yang masih hidup dapat merasakan hubungkait  kematian mangsa dengan kejadian yang berlaku.
Saksikan kesudahan cerita Pulau di Slot 9x TV9 setiap rabu jam 10.30 malam.
mana taknya punya la rajin aku selidik pasal lagu dia tadi , tiba2 nak pulak aku post kat blog pasal ni :D
seronok tak post kalini?? hahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan