Memaparkan catatan dengan label perasaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perasaan. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Disember 2011

R I N D U

\

koranggg aku rindu korangg . aku tahu masa takkan berputar kembali .. aku sedang memujuk hati supaya redha yang aku tahun depan tak sekolah . korang sihat ? dah kerja ke ? aku belum kerja lagi , lepas berday aku kot baru kerja . korang tahu mood aku spoil gegila , bosan sangat2 dok rumah , asik sedih sengsorang je . aku peliknya aku tak boleh nak nangis , aku cuba keluarkan air mata tuu tapi tak boleh .. korang rindu tak dengan perangai aku ?? aku sedih lepas ni tak boleh aku nak gila2 macam kat dalam kelas , takde lagi orang nak gelakkan aku , takde lagi kawan2 yang bergerak ke makmal sains sama-2 . aku nak senyum sorang2 macam kat dalam kelas tuu , aku nak tengok korang marah2 dan ejek aku .. aku nak balik kita kira 123 bila cikgu2 otw ke kelas .. uihh , mesti tak boleh dapat punya . . hurm 

koranggg , aku dah la manja , korang pun tahu aku punya perangai .. tak dapat nak celebrate berday dengan korang , huuh .. korangg ingat tau aku laa yang paling last lahir kat dalam kelas . aku adik korang ingat tuu .. aku rindu nak main gaduh2 ngan korang .. rindu weh T,T , korangg tak sedih ke ?? zaman sekolah kita dah tamat , lepas ni zaman remaja tua pulak .. korangg nanti kita rancang sesama pergi ziarah cikgu2 nak ?? aku rindu cikgu2 kita , cikgu rab , cikgu ros , cikgu mas , cikgu azlina , sir chandran , teacher kho , wehh rindunya ... sejak habis sekolah ni aku jadi pendiam kat rumah dok terperap macam jeruk je , muka pun masam je .. korang pulak macam mana ?? 

korangg jaga diri elok2 tau , ingat kasut B-First aku tu tau ,ingat sampai bila2 tau yang kita ni kelas 5 Bakti 2011 ,mungkin lama2 nanti kita tak sesedih mula2 berpisah , let past be a past oke ?  aku ingat korang semua . waktu last exam aritu dalam pukul 11.55 am , aku perhatikan setiap wajah korang , sedih ada dan macam2 jiwa ada .. kalau jumpa aku kat memana jangan sombong pulak ! aku kecik hati nanti :') , okelah korangg aku cuma nak kasi tahu yang aku RINDU korang sesangat !!! :"(

A S S A L A M U A L A I K UM 

Sabtu, 3 Disember 2011

Takdir


Kini hati kian sembuh , sembuh dari luka mengharap .
setelah mata di buka , hati di buka .
mulut tertutup kaku dan akal membeku .
Luka itu begitu dalam hingga tiada siapa yang tahu berapa jauh derita itu .
Andai hati ini bisa teriak , sudah tentu semua pekak .
jika Mulut ini berani berborak , pasti banyak hati yang robak .

mengharap pada sesuatu yang pasti tidak termiliki ,
sering menyepi dalam duka sendiri ,
menjelaskan dengan sehela keluhan dalam tangisan ,
tiada tujuan dan haluan yang pasti ,
rahsiaa itu tersimpan sepi dan rapi dalam lubuk hati .

kini hanya mengharap keajaiban dari Illahi ,
agar keteguhan yang kukuh menguatkan hati ,
andai itu takdir bagi diri ini ,
ku ucap kata-kata hati yang tak pasti ,
hanya dalam doa diri ini hari-hari .


Ya Allah kau semaikanlah cinta untukku yang suci tanpa kotoran setitik debu .
Kau kuatkan hatiku menempuh ranjau berduri ini .
Jadikan aku insan yang berjaya Dunia dan Akhirat ku nanti . 


A M I N. Y A R A B B A L. A L A M I N

Ahad, 27 November 2011

ku tak sanggup

Andai bisa hati ini berbicara , sudah pasti kau terkedu .
Andai diri ini kuat dan berani berbicara , sudah tentu kau diam membisu .
Diri ini belum mampu , diri ini belum sanggup 
sanggup untuk berdepan dengan kau , sanggup untuk berbicara dengan kau .
diri ini hanya mampu untuk berlari , mampu untuk menjauh .
tidak cukup teguh , belum bisa kuat .



Andai semua ini , semua kelemahan dapat ku tempuh .
Andai dapat ku sentuh hatimu , ingin sekali ku mengetuk sehingga kau menyedari
menyedari kehadiranku hari-hari dengan lakonan harianku .
Andai bisa cepat aku melupakanmu , cepat memadammu
padam dan buang kau dari hidupku .
sudah tentu aku tidak begini , sudah tentu hatiku kosong sendiri .

Kini ku ingin sendiri , ku ingin membawa diri 
jauh dan terlalu jauh darimu , dan menghilang dari kelipan matamu 
mendiam dari degupan jantungmu ,
Ku mengundur karna ingin membersihkan semula luka hatiku ,
ku menghilang karna ku tak sanggup dan tak mampu hidup dengan cinta palsu ,
yang hanya memberi sejuta air mata dari hari ke hari .

S E K I A N 

Isnin, 7 November 2011

Bisikan Hati ku


Bisik hati merayu dilepaskan , diluahkan supaya bebas dari rasanya beban .. bisik hati juga meronta-ronta dalam diam tanpa kasih di lubuk hati ...


Rasa yang terungkapkan , hanya dalam memori dan benak tersimpan ..tidak mudah untuk meluahkan rasa itu walau sedikit ..aku menahan dalam diam ,rasa sakit tidak ditunjukkan , kini mulai terasa tawarnya hidup terasa kelatnya hati menelan kepura-puraan ini ,kini , hanya mampu tawa dalam sendu , kehadiran tawa yang palsu untuk mengaburi sendu-sendanku , 

hari demi hari kian berlalu menyapaku , menegurku , ku tersedar yang ku sudah terlalu lama berada dalam dunia angan palsu yang menghancurkan aku..kini aku cuba mengorak kembali langkah kejayan hidupku , sekarang bukannya masa yang sesuai untuk aku terus dibelengu rasa beku itu , tapi ini masa untuk memperjuangkan sebaik mungkin baki sisa masa yang masih ada untukku 

tanpa penyesalan , keraguan dan kepalsuan , aku akan cuba sekuat mungkin bangun dari dunia khayalan yang hanya sementara berbanding yang nyata.. ya dan aku ingin kecapi rasa bahagia kebebasan tanpa perasan itu lagi . yaaaaaaaaaaaa ....


INGIN SEKALI KU TERBANG TINGGI DAN MENINGGALKAN DUNIA INI , NAMUN AKU MASIH PUNYAI TANGGUNGJAWAB YANG BELUM TERTUNAIKAN , KINI MENYEPI DAN SENDIRI INGIN KU HILANGKAN , BUANGKAN SEHINGGA BERSIH DARI KEKOTORAN , BANGUNLAH WAHAI HATI YANG TABAH :')

Ahad, 25 September 2011

I lose my self :(

morning2 and assalamualaikum , '

I L O S E M Y S E L F ?
ya ...dayah dah hilang diri dayah ,dayah emo kat rumah je tapi dalam bilik :(
depan orang dayah senyum macam biasa tapi dayah tade rasa bahagia dalam senyuman lagi ..
dayah nak sangat diri dayah yang sentiasa senyum dulu  , sekarang ni selalu nangis2 tapi tak pernah tunjuk dekat orang :"(

 i dontwant this tears !

dayah jadi benci kat diri dayah dan rasa macam nak tinggalkan semua orang ,
now I felt I can't give people around me my sincere smile and I can't give happiness to me also ...
I DO N T E V E R W A N T T H E T E A R S ..

dayah cuba cari diri dayah tapi masih samar2 dan dayah takut nak tangkap gambar sebenarnya sebab dayah dah tak macam dayah sebelum ni , kawan2 dayah ada masalah selalunya dayah akan tolong sedaya upaya tapi sekarang dayah hanya pandang ,lihat , tenung dan biarkan ,,

dayah mintak maaf andai ada yang terguris sepanjang perkenalan ,kadang2 dayah emo tapi dayah terus simpan dan tak tunjuk2, dayah harap dayah dapat balik
C A H A Y A P E T U N J U K  itu ..



I miss My self So much than you Miss me !! ;"((

Isnin, 22 Ogos 2011

cinta ingin dilupakan tapi tak mampu ..huuhh


 sebagai manusia biasa pasti kita tidak pernah terlepas untuk melalui dunia percintaan ,samada cinta kepada Tuhan ,ibu bapa mahupun seseorang yang berjaya mengetuk pintu hati .. betul kan ?

kadang-kadang kita mencintai sehingga lupa untuk membenci ,tapi bila dah benci kita lupa nak menyayangi ,itulah manusia tidak pernah mengimbangkan kehidupan ..malah kadang-kadang kita salah mencintai bukan kerana butanya mata tapi kerana butanya hati yang tertutup oleh rasa sayang itu ..

mencintai itu tidak memerlukan alasan yang kukuh kerana tiada siapa yang tahu bagaimana perasaan itu terpupuk dengan sendiri ..kadang kita pun keliru siapakah yang kita cinta , sayang dan benci malah sebab munasabab pun kita bingung..
ada juga yang mencintai kerana terpaksa  atau kerana melupakan yang lama ,maka mewujudkan yang baru itu wajib agar hati tidak merana ,tapi tanpa memikir dengan panjang oleh sebab itu sering tersungkur kerana kuasa C I N T A  itu ..

untuk melupakan perasaan itu memerlukan pengorbanan ,kekuatan dan keyakinan diri yang terlalu kuat ,agar hati tidak selamanya terluka dan sengsara  :')

~jika bahagia itu boleh dibeli dengan harta pasti ramai yang teruja~

Isnin, 4 Julai 2011

Cinta ITU perlu ke ?? =.=

oke readers ,
perlukah cinta itu kepada anda , sy tujukan lebih2 pada remaja mcm sy !



cinta akan datang tanpa diundang , diduga , dingini , tapi kena Hadapi  >.<
zaman remaja ni pasti ramai yang ade couple kan ? ala jangan nak tipu ... 

tapi perlu ke , cinta itu dikotori nafsu ?
 awak *for girl* : kalau laki tu betul2 syg kita , dia takkan sentuh kita walaupun 0.5 inci .. hmm , lg satu dye akn jaga kita , nasihat kita dan dorong kita ke arah Agama yg Lurus !

zaman skrg sye tgk (LOOK) so much of  _m_a_k_s_i_a_t 
saya takut untuk dekati CinTa itu , sebab itu Saya belum merasa COUPLE ... ^^

 awak *for boy* : kalau awak tanak godaan , jd awak wajib memantapkan iman awak ! agar di-Syurga 
nanti dipenuhi Kaum nabi Muhammad s.a.w , yang soleh dan solehah ! jadi plees jgn bwk nafsu awak bgabung ngan nafsu kami :)

~~ saya tak sempurna tapi saya nak nasihat perkara yang berguna , agar sama2 kita sempurna ~~

jadi sesiapa yg nak bmanja2 tu bole tp tgk la syariat batasan agama dulu oke !
 bermanjalah kalian dgn ilmu2 agma , dekatkn diri dgn Tuhan kita !! 


hidayezy <3