Rabu, 24 Ogos 2011

Sudah Mau Raya Ma :)

    assalamualaikum dan salam sejahtera  :)

Bulan raya tidak lama lagi nak muncul sudah , bulan puasa pula makin berlalu pergi , perasan tidak ? tahun ni kita puasa terasa pantas sangat ,mungkin kerana cuaca pun baik je..bila raya mesti semua pegang duit dan jamah kuih-kuih raya . nanti dah dapat duit raya jangan lupakan saya  :D


tapi jangan pula kita lupakan pada yang tidak mampu ,mungkin ada yang masih pakai baju yang sudah bertahun-tahun,mungkin mereka juga tidak menjamah kuih raya yang berwarna-warni seperti kita. jadi mari kita sama-sama mengucapkan rasa syukur terlebih dahulu .. A L H A M D U L I  L L A H  :)

erm , dayah belum beli baju raya lagi tau tak , tak tahu nak warna apa , apa kata korang cadangkan.. hehehe..Walaupun tahun ni dayah akan menjawab SPM tapi dayah tetap nak beraya sakan , sebab belum tentu dayah dapat rasa raya tahun depan kan ?


macam-macam la jenis fesyen -- pening dibuatnya -- karang nak beli takde saiz pula ..



sempena raya ni saya tuan empunya Blog Budak Gades Punye ni ingin meminta beribu ampun dan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011  untuk kawan-kawan .keluarga , dan kaum muslimin -muslimat  ..

walau ape-ape pon jaga diri dan semoga selamat pulang ke kampung ,lepas raya dayah terus kena jawab percubaan , doakan agar dayah dapat buat yang terbaik okey ?  t e r i m a k a s i h . l a g i y e  :))

~beraya berpada-pada ,jangan sampai terlupa pada Yang Maha Esa~
hidayah gades..

Isnin, 22 Ogos 2011

cinta ingin dilupakan tapi tak mampu ..huuhh


 sebagai manusia biasa pasti kita tidak pernah terlepas untuk melalui dunia percintaan ,samada cinta kepada Tuhan ,ibu bapa mahupun seseorang yang berjaya mengetuk pintu hati .. betul kan ?

kadang-kadang kita mencintai sehingga lupa untuk membenci ,tapi bila dah benci kita lupa nak menyayangi ,itulah manusia tidak pernah mengimbangkan kehidupan ..malah kadang-kadang kita salah mencintai bukan kerana butanya mata tapi kerana butanya hati yang tertutup oleh rasa sayang itu ..

mencintai itu tidak memerlukan alasan yang kukuh kerana tiada siapa yang tahu bagaimana perasaan itu terpupuk dengan sendiri ..kadang kita pun keliru siapakah yang kita cinta , sayang dan benci malah sebab munasabab pun kita bingung..
ada juga yang mencintai kerana terpaksa  atau kerana melupakan yang lama ,maka mewujudkan yang baru itu wajib agar hati tidak merana ,tapi tanpa memikir dengan panjang oleh sebab itu sering tersungkur kerana kuasa C I N T A  itu ..

untuk melupakan perasaan itu memerlukan pengorbanan ,kekuatan dan keyakinan diri yang terlalu kuat ,agar hati tidak selamanya terluka dan sengsara  :')

~jika bahagia itu boleh dibeli dengan harta pasti ramai yang teruja~

Ahad, 21 Ogos 2011

aku lambat tapi sempattt ,.. fuhh













  hello all , hee rindu sama blog ..okey harini aku nak cerita sikit tentang aku ,

aku baru  je habis jawab paper trial 1,, nak tahu masa hari khamis haritu punya cerita ? ahha ,sila baca dibawah okey :)

Pernah tak korang bangun lambat nak pergi sekolah , keluar , kerja , nak jawab preksa?

haha, haritu hari khamis aku telah bangun lambat akibat study lebih ,dah la aku nak jawab akaun plak..
yang best-nya mak n bapak aku dah berkali-kali kejutkan aku tapi tetap aku tak larat nak bangun .. kepala aku rasa sakit dan berat !


last2 mak aku balik rumah jam 7:30 lepas hantar adik aku , mak aku terkejut tengok aku yang masih tak bangun , lalu beliau menggunakan suara Harimaunya untuk membangunkan aku , HAHAHA ..aku terus bangun walaupun kepala aku sakit2.. lepas tu aku terus teringatkan  E X A M ,
                                                                          

semua benda menjadi kelam-kabut dan laju , aku punya kertas dahla start jam 8:15 a.m memang cantiklah kalau dah bangun jam 7:40 tuuu..  dengan baju yang tidak bergosok ,study ta penuh,mandi belom ..semuanya aku buat sampai jam 8:25 ,, arghhhh  MEMANG DAH LAMBAT...

 tapi aku tetap tak mengalah nak pergi sekolah ! semangat betul aku haritu , yang penting aku hadir dan jawab exam , dahla paper sejarah and akaun plak tu , sayang je tinggalkan , dalam aku panik2 tu ,last2 aku mintak tolong bapak aku hantar aku while he are going work , sampai je sekolah aku terus lari naik kelas , walaupun aku lambat 20 minit , tapi aku rasa tenang bila dah sampai sekolah.. HAHAHH.



P/S : kalau korang lambat korang macam aku jugak ke ? HAHAHA







Sabtu, 6 Ogos 2011

bila aku sedar trial makin hampir :(

emm , hai , hello , assalamualaikum , waalaikumsalam , arghh .. (-..-*)


bila dayah tengok masa makin hampir ade je perasaan cuak , takut , kurang keyakinan ni nak datang takut-takutkan ..tapi sejak semalam aku jadi pehmalas  balik , oups ! itu lagi mencuakkan aku ..mak tolonglah along !

aku pikir nak suruh mak aku berhentikan wi-fi ni , last-last mak aku kata "diorang suruh mak tunggu setahun baru mak boleh berhenti,kalau tak dah lama mak potong", its mean "kontrak" aku nak suruh mak aku ambik internet ni kang aku jugak yang susah papehal.. nasib-nasib  ):

last-last aku pikir2 aku rasa aku patut bagi jugak kat mak aku internet ni,kalau tak nanti aku terleka, ta boleh dah nak dekat dah tarikh ,,.taubat aku bila tgk keputusan aku mid year aritu ,tension je tengok kputusan ''such as a rubbish'' , huh  [-..-*]


oh ya , lagi satu hal ialah hati tercinta aku ni.. aku ni kalau dah ada yang berjaya mengetuk pintu , sehingga aku benarkan ia melawat , maka aku akan susah nak menghalau ia keluar balik , aku nak pikir spm tapi kadang2 terhasut jugak oleh mende-mende ni... susah wo , kadang2 aku terasa , kadang2 aku gembira bila dia tegur aku, semangat balik aku .. jadi skang aku aku dilema dalam keterpaksaan ..ta mau :((

kau dah berjaya masuk,dan sekarang aku susah nak halau kau keluar ,sebab aku takut kau takde nanti aku terpengaruh oleh perasaan , jadi kau kena duduk diam2 tau ,jangan nakal2 , kadang-2 kau buat aku rasa yang aku ni syok sendiri jer ahhha ,

NOW HIDAYAH YOU MUST TO STOP ALL YOUR "SENGKETA" AND "PRASANGKA" .
hidup kena rajin dayah ,bangun bangun dan terus bangun , jangan toleh2 lagi teruskan PERJUANGAN !! :)

Selasa, 2 Ogos 2011

pesan cinta lelaki dan perempuan ,


cinta Allah dahulu lebih baik..

Boleh tak perempuan hidup  tanpa lelaki ? berapa ramai perempuan di dunia ni menangis hanya kerana seorang insan yang bergelar lelaki ? Tuhan telah mentakdirkan Adam hidup bersama Hawa, maka kita sebagai cucu-cicit mereka juga ditakdirkan begitu..kadang-kadang kita sebagai manusia ini sering diuji perasaan , hati terluka,dihiris,dikupis, betapa sakitnya hanya kita yang alami..Disini, aku ingin memberi beberapa pesanan buat lelaki dan perempuan..sila baca dengan lapang hati .. :)


Buat insan yang bergelar  L E L A K I :
  • ·        Janganlah anda mencintai wanita kerana paras rupanya,kerana itu bukan cinta.
  • ·        Jangan anda panggil beliau dengan penuh lemah-lembut dan berhemah,kerana itu hanya akan memberi dia seribu satu tanda soal.
  • ·        Jangan sesekali berani mencuri hatinya jika anda tidak tahu cara mengembalikannya.
  • ·        Tolonglah ,anda berterus-terang sebab-munasabab anda ingin berkawan dengan dia,kerana perempuan mudah paham dan tidak makan orang .
  • ·        Jangan menerimanya kerana anda kasihankannya,itu hanya akan menimbulkan masalah kelak pada dirinnya.
  • ·        Perempuan mudah jatuh hati pada lelaki yang pandai mengambil hatinya,jadi watch out your attitude please, kasihan dia sebelum anda mungkin menyakitinya..




Buat insan yang bergelar  W A N I T A :
  • ·        jangan mudah jatuh hati dan membenarkan seseorang lelaki menakluki hati anda sewenang-wenangnya.
  • ·        Sayangi diri anda terlebih dahulu berbanding orang lain,kerana jika anda sakit tiada siapa lagi yang dapat merasa sama spt yg anda alami.
  • ·        Jangan memanjakan lelaki  dan mengedik-gedik pada lelaki,belum tentu dia itu penentu syurga-mu.
  • ·        Jangan tunjukkan anda lemah tanpa lelaki,zaman sekarang tiada bandingnya antara lelaki dan perempuan.
  • ·        Kenal pasti ciri2 lelaki itu baru menerimanya,kalau tidak layan dia seperti kawan biasa sahaja.
  • ·        Jangan menyakiti hati lelaki yang betul2 menyayangi anda,hargai dia <3


~~mungkin artikel ni berat sebelah tapi ape2 pun enjoy it okey~~