Isnin, 22 Ogos 2011

cinta ingin dilupakan tapi tak mampu ..huuhh


 sebagai manusia biasa pasti kita tidak pernah terlepas untuk melalui dunia percintaan ,samada cinta kepada Tuhan ,ibu bapa mahupun seseorang yang berjaya mengetuk pintu hati .. betul kan ?

kadang-kadang kita mencintai sehingga lupa untuk membenci ,tapi bila dah benci kita lupa nak menyayangi ,itulah manusia tidak pernah mengimbangkan kehidupan ..malah kadang-kadang kita salah mencintai bukan kerana butanya mata tapi kerana butanya hati yang tertutup oleh rasa sayang itu ..

mencintai itu tidak memerlukan alasan yang kukuh kerana tiada siapa yang tahu bagaimana perasaan itu terpupuk dengan sendiri ..kadang kita pun keliru siapakah yang kita cinta , sayang dan benci malah sebab munasabab pun kita bingung..
ada juga yang mencintai kerana terpaksa  atau kerana melupakan yang lama ,maka mewujudkan yang baru itu wajib agar hati tidak merana ,tapi tanpa memikir dengan panjang oleh sebab itu sering tersungkur kerana kuasa C I N T A  itu ..

untuk melupakan perasaan itu memerlukan pengorbanan ,kekuatan dan keyakinan diri yang terlalu kuat ,agar hati tidak selamanya terluka dan sengsara  :')

~jika bahagia itu boleh dibeli dengan harta pasti ramai yang teruja~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan