Rabu, 30 November 2011

Sentap Manusia

apakah ? haaa , nak tahu apa yang aku nak tulis ni .. sila baca dibawah baik-baik ye :)


sentap dengan manusia , sebab sebaik-baik mereka janganlah percaya mereka sepenuhnya . suka menyeksa batin insan lain , takde otak nak fikir perasaan orang yang terguris tuu . Aku tak percaya manusia ! walau siapapun dia . aku serik , nak tau sebab ? aku akan cerita sebagai pengajaran , aku susah nak bocorkan rahsia aku tapi ini penting !

cerita ni bermula sewaktu aku darjah 5 hingga tingkatan 1 , aku tak tahulah kenapa aku dipulau  ,kalau setakat dua-tiga orang aku tak kesah sangat tapi satu kelas woi ! mungkin aku ada perangai yang korang tak suka tapi ape ke salah aku , bukan aku buli ke mencuri ke . betul2 aku pelik. lagi2 golongan PEREMPUAN yang anti aku , aku sedih sangat2 dorang buat aku macam ni , setiap hari menangis dalam hati . aku rasa aku dah kawan dengan dorang , cuma masa dulu aku terdidik dengan keadaan mendesak seperti hidup dalam DUNIA manusia yang gila POPULAR .

Asal aku nak join je dorang , terus dorang buat hal masing2 . aku buat ape je salah , kata aku ni bodohlah , mana taknya tak pernah nak ajar aku .. awal tahun kemain semua puji aku suruh aku duduk2 sebelah dorang ! tak sangka rupa2nya ada Udang di sebalik batu  sumpahh kejam gilaa korang ! korang seksa batin aku , 6 tahun baru aku tahu sapa dalang di sebalik kejadian , harap kau dapat Hidayah Allah . Dia popular jadi semua budak2 ikut apaaa dia buat . sumpah tak matang langsung .. Dia baik je dengan aku , tak pernah kutuk aku . tak sangka di belakang aku dialah Iblis >,< . dulu masa aku kena kudis , takde orang nak kawan dengan aku , lagi korang pulaukan aku .. 

bila aku kudis tu , mestilah sakit tak boleh menulis . cikgu bagi kelonggaran tapi Korang kata aku Manja + Mengada-ngada , korang tahu tak ? susah aku nak maafkan korang . sampai sekarang aku ingat !! 
masuk darjah 6 pun sama , masuk tingkatan satu pun kena pulau ! sejak tu aku mula TAK percayakan Manusia  dan takut kenakan orang sebab aku tahu rasa sakit ... Doa2-lah moga hati aku lembut untuk memaafkan korang semua .... :'(


Aku mintak maaf kalau aku ada sakitkan hati korang :'(( SORRY !
Kepada insan2 yang sudi baca ni , sila amik iktibar !

SETIAP INSAN DI MUKA BUMI INI ADA HARGA DIRI ,
TERMASUK ANDA YANG MEMBACA ,
JADI JANGAN PERNAH MERENDAH-RENDAHKAN MARTABAT ORANG LAIN ,
KALAU ANDA TAK NAK HUKUM KARMA BERBALIK SEMULA KAT ANDA . 


Ahad, 27 November 2011

ku tak sanggup

Andai bisa hati ini berbicara , sudah pasti kau terkedu .
Andai diri ini kuat dan berani berbicara , sudah tentu kau diam membisu .
Diri ini belum mampu , diri ini belum sanggup 
sanggup untuk berdepan dengan kau , sanggup untuk berbicara dengan kau .
diri ini hanya mampu untuk berlari , mampu untuk menjauh .
tidak cukup teguh , belum bisa kuat .



Andai semua ini , semua kelemahan dapat ku tempuh .
Andai dapat ku sentuh hatimu , ingin sekali ku mengetuk sehingga kau menyedari
menyedari kehadiranku hari-hari dengan lakonan harianku .
Andai bisa cepat aku melupakanmu , cepat memadammu
padam dan buang kau dari hidupku .
sudah tentu aku tidak begini , sudah tentu hatiku kosong sendiri .

Kini ku ingin sendiri , ku ingin membawa diri 
jauh dan terlalu jauh darimu , dan menghilang dari kelipan matamu 
mendiam dari degupan jantungmu ,
Ku mengundur karna ingin membersihkan semula luka hatiku ,
ku menghilang karna ku tak sanggup dan tak mampu hidup dengan cinta palsu ,
yang hanya memberi sejuta air mata dari hari ke hari .

S E K I A N 

Jumaat, 11 November 2011

111111 Kenangan Terindah



tidak ada kata-kata yang terungkap melainkan air mata yang mengalir deras membawa sejuta erti dari hati...
harini hari yang bermakna dalam hidup aku sebagai seorang pelajar tingkatan 5 , terlalu banyak kenangan hari ini ,mungkin harini hari bermulanya langkah persediaan aku menghadapi cubaan yang lebih selepas ni , yelah SPM kan hari isnin ni 14/11/2011 aku melangkah kaki ke dewan peperiksaan sebagai seorang calon SPM 2011 dan aku melangkah seperti seorang pejuang yang berjihad di jalanNya bersama rakan2 seperjuangan ..

tarikh harini memang cantik 11/11/11 harinya pun hari yang baik , hari jumaat ..
pagi tadi sekolah aku ada buat hari penyerahan ilmu , pagi2 dekat surau buat solat taubat + hajat ,lepas tu terus duduk dekat dewan sebab nak mulakan majlis . mula2 aku tahan air mata memang tahan , sekali salam cikgu masyitah terus berair , takda kata2 nak keluar sampai cikgu kata "takpa awak tak kata apa2 pun saya faham,belajar rajin2 ,baca doa bnyk2" pergh gila sedih bhai ..

lepas sorang2 cikgu disalam dan dipeluk , kebanyakannya aku memang takda kata2 nak keluarkan , air mata aku deras gegila keluar , betul kata kawan2 aku "hari jumaat ni sediakan 2 baldi untuk dayah" haha , sekali dapat menangis memang aku bukak semua pili air mata :') waktu salam dengan guru2 yang mengajar aku memang aku tersentuh gila , cikgu rosiah,azlina,syanti,kho ling ling,ramlah,rabiatul,sir chandran,surihani dan cikgu2 lain memang sedih :'( , aku tak boleh tahan air mata tadi walaupun berkali dilap oleh aku , cikgu2 pun lap .. 


ada seorang cikgu ni , dia tak pernah ajar aku tapi aku kenal dia dari aku kecik , aku pun tak pernah bersembang lama dengan dia , tapi tadi aku tersentuh gila bila aku boleh peluk dia dan dia pesan kat aku "ingat mak ayah, buat elok2 ingat kesusahan mak ayah ye" cikgu tu memang kenal mak ayah aku , mana taknya ada bau2 bacang .. lepas salam ngan cikgu2 salam pulak dengan rakan2 , lagilah air mata aku tak habis ..peluk tambah dengan pesan2 sesama sendiri , air mata aku mengalir je sampai waktu makan ,.. HAHA , lepas makan emosi aku dah tenteram , sekarang memori itu masih bermain2 dan terngiang2 di telinga aku , 

tarikh ni memang hari yang bermakna dan penuh kenangan lagipun harini hari persaraan Datin Hajah Khairiah Bt Bahari , pengetua sekolah aku , tarikh kitorang masuk sekolah dia pun masuk , kami keluar sekolah pun dia keluar sekali , hmmm semuanya tersimpan di kalbu dan benak hati , hanya Dia yang tahu , 

Alhamdulillah sekarang aku boleh nampak apa2 yang doa dimakbulkan serta merta mahupun sedikit2 , aku jugak meminta maaf kepada rakan2 seperjuangan tadi , bila aku terasa berdosa , buat sesiapa yang sudi baca post ini , doakanlah kami batch 2011 dapat keputusan yang baik2 , terima kasih sekali lagi .. 


SEMUANYA TERSIMPAN DAN BERMAIN-MAIN DI BENAK FIKIRAN JUGA HATI , SEIKHLAS HATI AKU RINDU AKAN SEMUA INI DAN AKU BERHARAP KITA SEMUA DAPAT MENJAWAB DENGAN BAIK DAN DIBERKATI ALLAH , Amin ... :")

Isnin, 7 November 2011

Bisikan Hati ku


Bisik hati merayu dilepaskan , diluahkan supaya bebas dari rasanya beban .. bisik hati juga meronta-ronta dalam diam tanpa kasih di lubuk hati ...


Rasa yang terungkapkan , hanya dalam memori dan benak tersimpan ..tidak mudah untuk meluahkan rasa itu walau sedikit ..aku menahan dalam diam ,rasa sakit tidak ditunjukkan , kini mulai terasa tawarnya hidup terasa kelatnya hati menelan kepura-puraan ini ,kini , hanya mampu tawa dalam sendu , kehadiran tawa yang palsu untuk mengaburi sendu-sendanku , 

hari demi hari kian berlalu menyapaku , menegurku , ku tersedar yang ku sudah terlalu lama berada dalam dunia angan palsu yang menghancurkan aku..kini aku cuba mengorak kembali langkah kejayan hidupku , sekarang bukannya masa yang sesuai untuk aku terus dibelengu rasa beku itu , tapi ini masa untuk memperjuangkan sebaik mungkin baki sisa masa yang masih ada untukku 

tanpa penyesalan , keraguan dan kepalsuan , aku akan cuba sekuat mungkin bangun dari dunia khayalan yang hanya sementara berbanding yang nyata.. ya dan aku ingin kecapi rasa bahagia kebebasan tanpa perasan itu lagi . yaaaaaaaaaaaa ....


INGIN SEKALI KU TERBANG TINGGI DAN MENINGGALKAN DUNIA INI , NAMUN AKU MASIH PUNYAI TANGGUNGJAWAB YANG BELUM TERTUNAIKAN , KINI MENYEPI DAN SENDIRI INGIN KU HILANGKAN , BUANGKAN SEHINGGA BERSIH DARI KEKOTORAN , BANGUNLAH WAHAI HATI YANG TABAH :')

Khamis, 3 November 2011

heee aku ditag

★ aku ditaglah oleh (edaman hatiku http://edamanhatiku.blogspot.com/)
aku kena terangkan yek , selalu kena tag tapi tak pernah faham >< haha , so dia ada peraturan dia , ada arahan pulak , kena bagi jawapan pulak , adusss , okelah okelah aku jawab ye :)

Peraturan-nya
  • each person must post 11 things about themselves in their jurnal.
  • answer the Que. the tagger set 4 u in their post & creat 11 new Que. 4 the people you tagged to answer.
  • u have to choose 11 people to tag & link them to the post
  • go to their page & tell them you have tagged him/her
  • no tags back


11 perkara tentang saya :)
  • suka makan dan seorang pemilih makanan
  • tak suka benda berselerak,kotor atau yang seada dengannya.
  • suka berfikir
  • suka berangan sebelum tidur
  • minat pada bintang
  • sayang keluarga tapi tak tunjuk
  • suka senyum
  • anak sulung dan seorang yang tegas
  • tak suka marah sebab nanti sakit kepala
  • suka berjalan daripada menunggang
  • mudah berubah perangai
Jawapan untuk soalan edaman hatiku
  • dayah suka makan aiskrim coklat ,yummy..
  • pernah , bolehlah sebab dulu addict dengan kartun,haaha
  • kali terakhir dayah telan panadol , tahun lepas kot sebab dayah benci PANADOL !
  • blog eya menarik ,cuma tulisan ada berterabur sikit *sorry*
  • haha , warna kegemaran ni selalu tukar2 jadi tak tahulah >.< , dayah pilih unggu cair jela sebab warna dia lembut dan segarkan mata kot . haha
  • dayah agak umur eya 15 la , heeehe
  • nak tau ke birday dayah bila ? nak bg hadiah ke >.< ahha dayah lahir 25/12/1994. lambatkan ?
  • sokong je .
  • wahhh *teruja*
  • sarkastik ? ohh , dayah bukan seorang yang sarkastik uh sebab menyakitkan hati kalau ada yg buat kat dayah sebab terasa zalim .. ish ish >,<

ni soalan Eya tu 
1. anda suka makan aiskrim ? aiskrim apa?
2. anda pernah tonton keroro gunsou? suka x?
3. bila kali terakhir anda telan panadol?
4. apa pndapat anda ttg blog eya? pleaz be true k
5. apa warna kegemaran anda? knp ?
6. anda agak2 brapa umur eya?
7. tarikh lahir anda ?
8. sokong blogwalking @ tidak?
9. perasaan anda bila masuk blog eya?
10. pernah rasa nk hentam kepala sesiapa x?
11. anda sarkastik?


 NI SOALAN DAYAH UNTUK BLOG YG DAYAH TAG
  • apa anda rasa lepas dapat tahu anda ditag oleh saya ?
  • suka gaduh tak ? kenapa ?
  • pedih hati tak kalau tengok orang yg anda cinta berborak dengan girl lain ?
  • apa pendapat korang tentang blog dayah ?
  • suka matapelajaran apa kat sekolah ?
  • awak rasa soalan2 saya ni membosankan tak ? haha
  • pandai memasak ? pernah tak masak sampai rentung/hangus ? apa rasa ??
  • makanan feveret anda apa ?
  • suka ke bila orang kutuk2 anda ?
  • berani tak tegur kesalahan orang lain ?
  • anda seorang sarkastik ?


huyoo panjang an ? skang ni dayah kena tag orang pulak :
dayah buat ni jelah je  >.< *ngantook* oke jawab ye blog2 comel pilihan
budak gades  ^________________________^