Rabu, 30 November 2011

Sentap Manusia

apakah ? haaa , nak tahu apa yang aku nak tulis ni .. sila baca dibawah baik-baik ye :)


sentap dengan manusia , sebab sebaik-baik mereka janganlah percaya mereka sepenuhnya . suka menyeksa batin insan lain , takde otak nak fikir perasaan orang yang terguris tuu . Aku tak percaya manusia ! walau siapapun dia . aku serik , nak tau sebab ? aku akan cerita sebagai pengajaran , aku susah nak bocorkan rahsia aku tapi ini penting !

cerita ni bermula sewaktu aku darjah 5 hingga tingkatan 1 , aku tak tahulah kenapa aku dipulau  ,kalau setakat dua-tiga orang aku tak kesah sangat tapi satu kelas woi ! mungkin aku ada perangai yang korang tak suka tapi ape ke salah aku , bukan aku buli ke mencuri ke . betul2 aku pelik. lagi2 golongan PEREMPUAN yang anti aku , aku sedih sangat2 dorang buat aku macam ni , setiap hari menangis dalam hati . aku rasa aku dah kawan dengan dorang , cuma masa dulu aku terdidik dengan keadaan mendesak seperti hidup dalam DUNIA manusia yang gila POPULAR .

Asal aku nak join je dorang , terus dorang buat hal masing2 . aku buat ape je salah , kata aku ni bodohlah , mana taknya tak pernah nak ajar aku .. awal tahun kemain semua puji aku suruh aku duduk2 sebelah dorang ! tak sangka rupa2nya ada Udang di sebalik batu  sumpahh kejam gilaa korang ! korang seksa batin aku , 6 tahun baru aku tahu sapa dalang di sebalik kejadian , harap kau dapat Hidayah Allah . Dia popular jadi semua budak2 ikut apaaa dia buat . sumpah tak matang langsung .. Dia baik je dengan aku , tak pernah kutuk aku . tak sangka di belakang aku dialah Iblis >,< . dulu masa aku kena kudis , takde orang nak kawan dengan aku , lagi korang pulaukan aku .. 

bila aku kudis tu , mestilah sakit tak boleh menulis . cikgu bagi kelonggaran tapi Korang kata aku Manja + Mengada-ngada , korang tahu tak ? susah aku nak maafkan korang . sampai sekarang aku ingat !! 
masuk darjah 6 pun sama , masuk tingkatan satu pun kena pulau ! sejak tu aku mula TAK percayakan Manusia  dan takut kenakan orang sebab aku tahu rasa sakit ... Doa2-lah moga hati aku lembut untuk memaafkan korang semua .... :'(


Aku mintak maaf kalau aku ada sakitkan hati korang :'(( SORRY !
Kepada insan2 yang sudi baca ni , sila amik iktibar !

SETIAP INSAN DI MUKA BUMI INI ADA HARGA DIRI ,
TERMASUK ANDA YANG MEMBACA ,
JADI JANGAN PERNAH MERENDAH-RENDAHKAN MARTABAT ORANG LAIN ,
KALAU ANDA TAK NAK HUKUM KARMA BERBALIK SEMULA KAT ANDA . 


2 ulasan: