Jumaat, 11 November 2011

111111 Kenangan Terindah



tidak ada kata-kata yang terungkap melainkan air mata yang mengalir deras membawa sejuta erti dari hati...
harini hari yang bermakna dalam hidup aku sebagai seorang pelajar tingkatan 5 , terlalu banyak kenangan hari ini ,mungkin harini hari bermulanya langkah persediaan aku menghadapi cubaan yang lebih selepas ni , yelah SPM kan hari isnin ni 14/11/2011 aku melangkah kaki ke dewan peperiksaan sebagai seorang calon SPM 2011 dan aku melangkah seperti seorang pejuang yang berjihad di jalanNya bersama rakan2 seperjuangan ..

tarikh harini memang cantik 11/11/11 harinya pun hari yang baik , hari jumaat ..
pagi tadi sekolah aku ada buat hari penyerahan ilmu , pagi2 dekat surau buat solat taubat + hajat ,lepas tu terus duduk dekat dewan sebab nak mulakan majlis . mula2 aku tahan air mata memang tahan , sekali salam cikgu masyitah terus berair , takda kata2 nak keluar sampai cikgu kata "takpa awak tak kata apa2 pun saya faham,belajar rajin2 ,baca doa bnyk2" pergh gila sedih bhai ..

lepas sorang2 cikgu disalam dan dipeluk , kebanyakannya aku memang takda kata2 nak keluarkan , air mata aku deras gegila keluar , betul kata kawan2 aku "hari jumaat ni sediakan 2 baldi untuk dayah" haha , sekali dapat menangis memang aku bukak semua pili air mata :') waktu salam dengan guru2 yang mengajar aku memang aku tersentuh gila , cikgu rosiah,azlina,syanti,kho ling ling,ramlah,rabiatul,sir chandran,surihani dan cikgu2 lain memang sedih :'( , aku tak boleh tahan air mata tadi walaupun berkali dilap oleh aku , cikgu2 pun lap .. 


ada seorang cikgu ni , dia tak pernah ajar aku tapi aku kenal dia dari aku kecik , aku pun tak pernah bersembang lama dengan dia , tapi tadi aku tersentuh gila bila aku boleh peluk dia dan dia pesan kat aku "ingat mak ayah, buat elok2 ingat kesusahan mak ayah ye" cikgu tu memang kenal mak ayah aku , mana taknya ada bau2 bacang .. lepas salam ngan cikgu2 salam pulak dengan rakan2 , lagilah air mata aku tak habis ..peluk tambah dengan pesan2 sesama sendiri , air mata aku mengalir je sampai waktu makan ,.. HAHA , lepas makan emosi aku dah tenteram , sekarang memori itu masih bermain2 dan terngiang2 di telinga aku , 

tarikh ni memang hari yang bermakna dan penuh kenangan lagipun harini hari persaraan Datin Hajah Khairiah Bt Bahari , pengetua sekolah aku , tarikh kitorang masuk sekolah dia pun masuk , kami keluar sekolah pun dia keluar sekali , hmmm semuanya tersimpan di kalbu dan benak hati , hanya Dia yang tahu , 

Alhamdulillah sekarang aku boleh nampak apa2 yang doa dimakbulkan serta merta mahupun sedikit2 , aku jugak meminta maaf kepada rakan2 seperjuangan tadi , bila aku terasa berdosa , buat sesiapa yang sudi baca post ini , doakanlah kami batch 2011 dapat keputusan yang baik2 , terima kasih sekali lagi .. 


SEMUANYA TERSIMPAN DAN BERMAIN-MAIN DI BENAK FIKIRAN JUGA HATI , SEIKHLAS HATI AKU RINDU AKAN SEMUA INI DAN AKU BERHARAP KITA SEMUA DAPAT MENJAWAB DENGAN BAIK DAN DIBERKATI ALLAH , Amin ... :")

Tiada ulasan:

Catat Ulasan