Sabtu, 31 Disember 2011

Bye 2011 , Hye 2012


rahsia 13 rukun Solat

Inilah dia rahsia 13 Rukun Solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.


3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.


4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.


5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.


6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.


7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.


8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur


9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.


10 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di
dalam kubur.


11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.


12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.


13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.


Dari Abdullah bin 'Amr R. A.,
Rasulullah S. A. W. bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga
Hari Jumaat.
Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu

" FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"


Wassalam.


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

kredit to http://bloggercrew.in-malaysia.org terima kasih :)

Ahad, 25 Disember 2011

my BIRTHDAY 17teen

( NYANYI SAMA-2 YA )

Allah selamatkan kamu , Allah selamatkan kamu , Allah selamatkan hidayah edy , Allah selamatkan dayah .

-- terima kasih di atas nyanyian anda sebentar tadi ^^ --

Harini hari lahir dayah yang ke 17 , huaaa baru je masuk 17 tau ! maybe ramai yang baca ni gelakkan dayah , tapi do i care ? hehe, takpa yang penting dayah lahir jugak kat bumi ni ^^ .. nak tau tak ? bermula dari jam 12.00 am 25/12/2011 tadi , serius dayah terharu dan buat sesiapa yang ingat dayah tu tak kira sama ada di talifon , di laman sosial FB , terima kasih sangat-sangat , ! tau tak kejang tangan nak reply pesanan korang semua , hehe , the best present ever from you all :)

wohho dayah dah jadi warga tua >,<

ada sampai dayah tak sangka masih ada yang ingat dayah lagi tau ^^
serius terharu gegila :) btw, harini takde yang special pun , dayah tak sambut , kerja dayah harini . masak,makan, tidur,tengok tv, online fb, update blog dan Calling peoples :) ade yang seronok sembang , ada yang tak ! tahun depan dayah taknak call dah ! tacink >,< wekk .

apa2 pun dayah seronok sangat-sangat masuk umur 17 tahun ni :D lepas ni kena matang sikit ye ?? ha ? taknaklahh , :p , dayah sayang koranggggg ^^ bila dayah dah takda nanti doakan dayah ye :)
terima kasih Ya Allah yang masih memberi hela nafas kepadaku , dan terima kasih mak abah kerana sudi membesarkanku , buat kawan-2 I love U , :)

ASSALAMUALAIKUM 

Sabtu, 24 Disember 2011

esok 17

emmm , esok aku 17 ke ?harini 16 tahun 11 bulan 4 minggu 1 hari umur aku  , sekejapnya masa berlalu , sekolah pun dah habis . malam ni dapt panggilan percuma untuk sehari esok , dah 2 minngu habis sekolah rasa bosan sangat-sangat . dahla tak keluar mana2 , kerja pun tak ,lepas ni baru cari . hmmmm. hati aku kosong sekarang , takda perasaan macam dulu lagi . kadang2 rasa gembira , kadang2 rasa letih dengan semua ni . hoho . esok birday girl , aku perlu gembira-gembira kan ? nak call sape la agaknya esok .. hmmp ! dayah keep smile :)  sejak dah besar ni mana ada aku ada rasa nak sambut birday tp tak tahulah kalau mak aku nak buat kecil-kecilan esok . :) lagi beberapa jam je , i keep waiting but i dont excited , hmmp . k laaa , agak2 ade kek macam ni tak esok ? hahaha , aku tak minat kek ^^


SERIUS KEK NI NAMPAK SEDAP :) nak camni ?? :D

Rabu, 21 Disember 2011

sebuah cerita

akhirnya sudah seminggu tempoh tamat persekolahan tamat , sekarang ni aku dah stabil dan boleh terima seadanya takdir ini , aku memang mula-2 je akan sedih tahap gaban , tak lama lepas tu mesti okey punya .
sepanjang seminggu cuti ni juga kaki aku ni sibuk berjalan dan perabis duit , wiwiw. hampir setiap hari keluar ..haha, keluar dengan ika dan mida . sekarang ni dah habis dah tempoh berjalan kini tiba masa untuk bekerja. kerja apa la aku nak buat ni .. hahaii , cuba je la mana2 janji income masyuk an ? hehew.

kelmarin 19/12/2011 ,aku dan sekeluarga berjalan-jalan ke Cameron Highlands , serious aku tak rasa seronok dan tak rasa apa2 , mula2 tu teruja la gak , lama2 boring gegila.. banyak key chain aku beli .. sekurang-kurangnya ada kenangan g sana .. lepas tu gerak ke perak singgahh rumah mak angkat mak aku .. wahaha .. saja lawat2 , malam tu gerak balik rumah jugak.. dalam perjalanan mak aku cari durian pulak , perghh rezki kot malam tu dapat la kami DURIAN 1 bakul + 1 besen .. banyak kan ? semuanya berharga RM40 je .. uhh , murah kot , mana taknya kami beli kat rumah orang yang peramah sangat2 , baik gila2 .. pakcik dan makcik terima kasih sudi melayan kami :)



sampai2 rumah je dah 12.45 am 20/12/2011 , pergh satu hari berjalan , penat weh habis gatal2 badan aku .. huhuw. lagi 4 hari genaplah umur aku 17 tahun , haish dah tua aku ni . sekejap je masa berlalu , sekejap je aku dah membesar , dayah dah jadi anak dara orang .. huhuw . 25/12/1994 tu tarikh lahir aku . tak lama lagi je >,<" takut pulak ..adess , entah siapa dan berapa orang yang wish kat aku .. hehe .. k la nak tidur . kan aku dah kata dari tajuk post sahaja menerangkan ini sekadar sebuah cerita :) 

assalamualaikum , jumpa lagi ^_____________^

Jumaat, 16 Disember 2011

R I N D U

\

koranggg aku rindu korangg . aku tahu masa takkan berputar kembali .. aku sedang memujuk hati supaya redha yang aku tahun depan tak sekolah . korang sihat ? dah kerja ke ? aku belum kerja lagi , lepas berday aku kot baru kerja . korang tahu mood aku spoil gegila , bosan sangat2 dok rumah , asik sedih sengsorang je . aku peliknya aku tak boleh nak nangis , aku cuba keluarkan air mata tuu tapi tak boleh .. korang rindu tak dengan perangai aku ?? aku sedih lepas ni tak boleh aku nak gila2 macam kat dalam kelas , takde lagi orang nak gelakkan aku , takde lagi kawan2 yang bergerak ke makmal sains sama-2 . aku nak senyum sorang2 macam kat dalam kelas tuu , aku nak tengok korang marah2 dan ejek aku .. aku nak balik kita kira 123 bila cikgu2 otw ke kelas .. uihh , mesti tak boleh dapat punya . . hurm 

koranggg , aku dah la manja , korang pun tahu aku punya perangai .. tak dapat nak celebrate berday dengan korang , huuh .. korangg ingat tau aku laa yang paling last lahir kat dalam kelas . aku adik korang ingat tuu .. aku rindu nak main gaduh2 ngan korang .. rindu weh T,T , korangg tak sedih ke ?? zaman sekolah kita dah tamat , lepas ni zaman remaja tua pulak .. korangg nanti kita rancang sesama pergi ziarah cikgu2 nak ?? aku rindu cikgu2 kita , cikgu rab , cikgu ros , cikgu mas , cikgu azlina , sir chandran , teacher kho , wehh rindunya ... sejak habis sekolah ni aku jadi pendiam kat rumah dok terperap macam jeruk je , muka pun masam je .. korang pulak macam mana ?? 

korangg jaga diri elok2 tau , ingat kasut B-First aku tu tau ,ingat sampai bila2 tau yang kita ni kelas 5 Bakti 2011 ,mungkin lama2 nanti kita tak sesedih mula2 berpisah , let past be a past oke ?  aku ingat korang semua . waktu last exam aritu dalam pukul 11.55 am , aku perhatikan setiap wajah korang , sedih ada dan macam2 jiwa ada .. kalau jumpa aku kat memana jangan sombong pulak ! aku kecik hati nanti :') , okelah korangg aku cuma nak kasi tahu yang aku RINDU korang sesangat !!! :"(

A S S A L A M U A L A I K UM 

Selasa, 13 Disember 2011

Tamatnya Zaman Sekolah


Kini hanya kenangan yang akan menemani aku hari-hari , dalam mengingati semula ranjau kehidupan alam persekolahan dari pasti ke tadika , masuk pulak alam sekola SRK dan SRA , kemudian masuk pulak alam SMK .. aku sekolah di SMK.Taman.Medan yang pada mulanya aku tak berapa suka kan nya hinggalah tingkatan 3 mungkin faktor rakan kot :) 

masuk tingkatan 4 ,aku dapat kelas kedua , terkejut mula2 ;) subjek elektif dia yang seronok tu .. Sains pertanian , matematik tambahan dan akaun .. worhh gileh -,-" . mula2 aku tak berapa aktif dalam kelas , akhirnya satu hari berlaku kejadian yang memalukan jugak , kawan aku tarik kerusi waktu aku nak duduk , pergh memang tersembab la kan ? haha ,tapi memang sakit sikit yang sakit banyaknya ialah aku ditertawakan Satu kelas .. hemm , waktu tu bermulanya kisah baru dalam hidup kami :) 

lepas kejadian tu aku jadi periang balik , wee .. nakal dan suka bising dalam kelas tapi aku syok layan diri jeh ;D , aku mula malasss sampai form 5 .. haha . masuk F5 ni memang terbaik laa.. aku sayang kelas aku 5 Bakti , kami gila sama2 , sedih sama2 , drama king dan queen sama2 .. erghh rindunya zaman ni , harini hari terakhir aku sekolah ,lepas ni memang takde dah kain biru :( . jawab kertas sains pertanian tadi , 13/12/11 dari jam 8 am-12 pm .. balik je sekolah tadi terus gerak Taman Jaya ramai2 , tapi macam takde rasa merdeka ! betul2 takde rasa bebas tuhh , walau apa pun aku bersyukur SPM dah Tamat . cuma agak merisaukan keputusannya .. 

lepas ni mesti kengkawan aku dan aku makin renggang , yela mana dok sekelas lagi , jarang jumpa , entah2 pas ni jumpa pun senyum2 jek .. I HOPE NOT ! , walau ape pon Good Luck untuk kehidupan sebenar korang nanti , dah berjaya jangan lupa aku plak , dah nak kahwin jangan lupa undang pulak !!!! aku insya-Allah undang2 korang ;D hahahha .. k , aku nak cerita serba-serbi pasal kelas 4/5 BAKTI 2010/2011 ni <3


ni gambar waktu Form 4 . 
kiri atas : khusyairi ,Fadhli,shahirul,zamzami,fuad,mustafa,yazzif,meor,sharol,sabri,akmal
kiri diri : Asiah,shahirah,nasuha,lela,azralia,sarah,hafizah,ili jannah,miriati,shareena,farah,atikah
kiri duduk : syakirah,madihah,baizura ,Pn.Murley,yusof,asmida,Hidayah (aku) . 
Yang tak ada : aida hasyim, shamiera,azrena !

gambar form 5 entah bilalah dapat :(

tapi banyak kenangan dengan korang semua , Thanks ! 

bawah ni gambar2 kenangan kita bersama :'(

  
     
     
  


KALAU NAK LETAK SEMUA MAU PENGSAN AKU  ^________^ 

korang semua masih ingat ini ? kenangan tetap kenangan , we r ROCK together 5 Bakti 2011 :)
jangan lupa aku ye :D assalamualaikum ! 



Sabtu, 3 Disember 2011

Takdir


Kini hati kian sembuh , sembuh dari luka mengharap .
setelah mata di buka , hati di buka .
mulut tertutup kaku dan akal membeku .
Luka itu begitu dalam hingga tiada siapa yang tahu berapa jauh derita itu .
Andai hati ini bisa teriak , sudah tentu semua pekak .
jika Mulut ini berani berborak , pasti banyak hati yang robak .

mengharap pada sesuatu yang pasti tidak termiliki ,
sering menyepi dalam duka sendiri ,
menjelaskan dengan sehela keluhan dalam tangisan ,
tiada tujuan dan haluan yang pasti ,
rahsiaa itu tersimpan sepi dan rapi dalam lubuk hati .

kini hanya mengharap keajaiban dari Illahi ,
agar keteguhan yang kukuh menguatkan hati ,
andai itu takdir bagi diri ini ,
ku ucap kata-kata hati yang tak pasti ,
hanya dalam doa diri ini hari-hari .


Ya Allah kau semaikanlah cinta untukku yang suci tanpa kotoran setitik debu .
Kau kuatkan hatiku menempuh ranjau berduri ini .
Jadikan aku insan yang berjaya Dunia dan Akhirat ku nanti . 


A M I N. Y A R A B B A L. A L A M I N