Sabtu, 29 Disember 2012

Keluarga adalah segala-galanya

nak tahu tak? benda yang paling penting dalam hidup dayah adalah keluarga. dayah kalau sayangkan seseorang dayah anggap dia keluarga jadi dayah akan tunjuk perangai dayah yang sebenar-benarnya.
pada dayah ada abah, emak , adik-2 dan makcik pakcik adalah perkara yyang paling menggembirkan hati. apalagi bila sekarang ni dah ada teman baik dan rakan-rakan yang setia menemani adalah anugerah.

dayah dah lupa nak bermadah tapi apa yang dayah nak kata keluarga adalah tunjang kebahagiaan dayah, sekali dayah anggap seseorang itu keluarga , dayah akan salurkan bantuan dan kasih sayang secara sembunyi dan ikhlas hati. dayah sayang mak abah , adik-adik , makcik pakcik yang sentiasa ada depan mata. dayah tak tau rasa kehilangan keluarga jadi dayah tak tahu apa rasa. cuma dari kecik dayah dah rasa masalah dalam keluarga, normal la kan? haha

walau apa pun setiap doa dayah , dayah berharap dayah mampu jadi anak yang baik dan solehah walaupun hakikatnya sukar. well tolonglah aminkan ek.amin ya rabb. dayah harap anda yang membaca pun mendapat apa yang anda inginkan dan bahagia dengan hidup.Amin ^_^

Rabu, 14 November 2012

Ujian Hidup

Hidup hari-hari ditimpa ujian ada yang kita rasa itu nikmat ada juga yang kita rasa itu bala kan? .bukan mudah nak mengharungi hari yang memeritkan tapi selagi kita bernafas lawan semua tu jangan tunjukkan kita ni lemah , ingatlah kita ni umat Nabi Muhammad , kita harus kuat! apa yang kita ada harini semua ujian dari Yang Maha Esa , Allah itu tuhan kita kan?

Seperti mana yang telah dinyatakan di dalam al-Quran:

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Surah al-'Ankabut : 2-3)




basahkan bibir kita dengan lafaz syukur , kepada segala ujian yang menimpa ,Allah sayang kita sebab tu kita dapat ujian yang berat! apa anda kira orang yang kelihatan ceria itu tiada duka dalam hidupnya? apa kau mengira ujian yang engkau hadapi itu lebih berat dari orang yang tiada tempat tinggal, tiada harta , tiada rupa , tiada ibu bapa dan tiada anggota?? kita cuma lupa tentang Allah takkan menduga kita dengan sesuatu dengan apa yang kita tak mampu hadapi.

Jangan bersedih hati jika kita masih ada seglanya, kita masih punya bibir dan gigi kan? dahtu senyum la apa lagi ;) senyuman itu menenangkan . tak percaya? senyum sekarang , senyumlahhh . kan comel kalau senyum haha.

senyumlah macam dayah :) mesti comel HAHAH

dan janganlah kita berputus asa dari rahmat Allah. orang kafir sahaja yang berputus asa terhadap Allah.
 kita kena sedih dan kecewa bila kita hilang iman , hilang agama dan hilang jalan menuju kepada Allah. jika kita masih dan sentiasa perasan hidup kita masih punya kawan yang menasihati . kita kena tahu itu kasih dari Allah . kita kena kuat! haha CHAIYOK!!!


Siti Nurhidayah , semua harta Allah, hidup ini semua pinjaman :)

Selasa, 13 November 2012

aku kembali

hidup ini sekejap kita berada di atas , sekejap merasa di bawah 

Assalamualaikum dan salam sejahtera , hai kenal saya punya blog lagi tak? lama tak kemaskini blog ni habis bersarang dengan post lama :) sekarang blog dah lain , agak geram nak betulkan tapi kan sementara cuti sebulan setengah ni rasa macam nak aktif balik dekat blog , siapa sudi bukalah blog ni setiap hari .

dayah ada sedikit pesanan untuk semua rakyat jelata beta , hehe .. buat siapa yang mengenali beta mahupun tidak :- 
"datanglah kepadaku pabila ku gembira , maka aku akan cuba membahagiakan mu. tinggalkan ku ketika ku kecewa maka aku takkan sakitkan hatimu"

 ada yang faham ayat dekat atas ni? dayah ni pelik sikit macam mental sikit jadi berhati-hati dengan dayah ye :D dah macam pembunuh pulak , walau apapun dayah akan cuba post perkara yang menarik lepas ni , nantikan perahan minda beta ye . dayah baru je berjaya menamatkan peperiksaan STPM penggal 1 . huh soalan dia hebat belaka , bagi sesiapa yang mental tak kuat jangan ambil stpm ye .. bukan nak hasut tapi kenyataan stpm agak membunuh . bayangkan kita fokus bayak tajuk tapi yang masuk tajuk yang kita tak jangka akan masuk --" tapi dayah suka jawab stpm , entahlah haha ..


anda pula gembirakah hidup? haha rindu nak belajar BM


Selasa, 19 Jun 2012

nothing

nothing to say , nothing to describe , nothing to displayed .
u do read . u do understood how freak lazy of me :) 
to say something , to show something , u need to face the fears that came first .

i can read , i can understand . but dont know how to speak n describe about what i realy want to say . life is full with liars if u are one of them . hehe . everyday problems come to me . and for every morning , i delete all the bad memories to present that im like dont have any probs yasterday . and the most of mine probs is i dont confidence for everything that i've done . yeah im loser . proudest to be loser . -_____-

okey , aku penat menaip my broken english . hahaha rosak habis . im bored

Jumaat, 18 Mei 2012

Form Six

emmm nothing to say , tapi aku sambung belajar tingkatan 6 di smk taman medan , ala sekolah lama aku tu ...
best la jugak form six ni , agak susah tak tipuuu .. banyak kerjaa woo xD
btw ada ramai kawan baru gak .. ramai jugak tahun ni , break the record of the year hahaha .. ada 5 subjek dalam tingkatan 6 ni , seperti Bahasa Melayu , MUET , Pengajian Perniagaan , Pengajian Am dan Ekonomi .. nampak tak aku hafal subjekk walawehh .. dan ada lagi satu pengajian yang aku study skang iaitu Pengajian PERCINTAAN hahahah , anyone single ?? boo loser xD 

btw aku happy kawan dengan korang budak eko n sej , aku tak lupa kawan lama2 aku gak , dont worry beby ;P nak tengok gambar aku form 6 tak ?? tapi bukan aku sorang lah , ni gambar dengan kawan sengall :)


ni je lah yang adooo , aku kan pemalas xD hahahah .. dah la aku malas nak taip banyak2 , korang bukan ikhlas nak baca pon . puighh :D bye 

~ Siti Nurhidayah Bt Kamaruddin~

Jumaat, 20 April 2012

smile

hai hei hoi ^^

( hmm , "smile" sekarang ni jadi nama blog aku :D saje tukar nama , dr budak gades ke annasuha , akhirnya tinggal smile je :P btw aku nak update tajuk pasal senyuman laa . hm , korang nak ke baca ? ahha .. aku update cite kat bawah ni ek :) selamat membaca ^_^ )

senyuman , apa tu ? pada aku ianya satu ukiran pada raut wajah yang samada kita yang membuatnya secara paksa ataupun rela , dengan senyuman juga ianya boleh membahagiakan setiap insan yang memandang kita , lagi2 kalau kita ni memang manis kan ? haha .. selain tu senyuman juga boleh tolong kita berlakon jika kita tengah sedih ke marah ke , dan kadang2 takde siapa yang perasan kita sedang menangis sebenarnya ^^

 
*wishyouwerehere*

hm , ada yang tengah senyum ke ? korang senyum sebab apa tu ?? hehe , aku senyum gak ni sebab tengah menaip kat blog aku , comel kan ? *dah lari tajuk , sorry ^^ 
tapi setahu aku , senyum ni ada banyak manfaat salah satu boleh buat kita kelihatan lebih menarik :)
so jangan lupa senyum walaupun terpaksa , sebab kita boleh awet muda .. hmm , k la cukup sampai sini je aku bebel , malas bebel panjang2 korang bukan nak baca pun ;p , buat yang baca terima kasih sudi meluangkan masa beberapa minit untuk aku <3

# aku pun ada masalah , tapi dalam masa yang sama aku tak boleh sentiasa sedih , so aku mulakan segala episod baru dengan satu ukiran Senyuman di bibir walaupun terpaksa , kbaiii :')


Rabu, 4 April 2012

berubah mood

cerita apalah aku nak kemaskini harini , haishh .. korang sihat ke ? haha , emm berubah mood tu ada macam2 jenis dalam hidup kan ? ada yang berubah mood dalam diri , ada yang berubah mood pada persekitaran . tapi apa yang aku nak sampaikan ni ek . emm , let me think first :)

haaa , aku sambong nanti la . nak p keluar makan :D bye2

Khamis, 8 Mac 2012

ost pulau tv9


okay sape pernah tengok cite ni? baru je mula ditayangkan pada 22 februari 2012, okey so harini episod ketiga la kan bagi drama ni , em bagi aku cerita ni best sangat sebab misterii , aku suka benda misteri . yang paling best lagu drama ni haa mata ke hati from pompa bensin .. kemain aku carik tadi tapi masih tak jumpa , aku lupa plak yang cite ni masih baru kan . em korang nak tau pasal sinopsis dia ke ? aku tak suka tau pasal sinopsis sesuatu cerita sebab nanti takkan menarik ah pada aku :3 *lari topik lak aku , hehe .

Ni sinopsis drama Pulau ni ye :

Mengisahkan sekumpulan remaja yang telah memenangi pakej pelancongan ke Pulau Sanggar. Antara yang menyertai percutian itu ialah blogger terkenal Yana(lakonan Sharifah Amani) , Azri usahawan muda(lakonan Bront) , Aqilah seorang peramugari (lakonan Natasha Hudson), Noni (lakonan Amyza Adnan), Pali( Chomatt Samad) , Pian Komando, Madam Zara (lakonan Fazlina Ahmad Daud) pemilik agensi pelancongan itu.
Dalam perjalanan ke Pulau Sanggar itu, bot yang membawa mereka telah mengalami kerosakan dan terdampar di pulau itu. Apabila mereka sedar bot yang memabwa mereka sudah tidak ada lagi.
Mereka terpaksa hidup di pulau tersebut tanpa keperluan asas dan belajar cara nak harungi kesusahan di hutan.
Kejadian pelik dan aneh mula menghantui mereka apabila seorang demi seorang dari kalangan mereka mati dibunuh tanpa mengetahui siapa yang membunuh.
Misteri pembunuhan semakin lama semakin terungkai apabila mereka yang masih hidup dapat merasakan hubungkait  kematian mangsa dengan kejadian yang berlaku.
Saksikan kesudahan cerita Pulau di Slot 9x TV9 setiap rabu jam 10.30 malam.
mana taknya punya la rajin aku selidik pasal lagu dia tadi , tiba2 nak pulak aku post kat blog pasal ni :D
seronok tak post kalini?? hahaha

Ahad, 4 Mac 2012

On air generasi94



oke oke , skang aku cite sikit ek pasal radio generasi94 tu , haha tau tak aku dah jadi salah sorang DJ
generasi94 tu , bhahaha ..ni semua gara-2 my twins tu lah .. aku tak pernah plak terbayang nak jadi Dj , aku memang suka dengar radio tapi jarang , yela keje aku asik online je .. em tadi aku on air first time kot , bhahaha

aku dapat slot jiwang =.=" , aku jiwang ke? bhahaha.. tadi partner aku myrul rehan .. emm , seriously skype aku cam bengek je tadi -..- sabor gila aku dok depan laptop sambil pangkah bukak skype ngan tenet banyak kali .. last2 on air , myrul kata microphone aku masuk airr , haha kejam kau myrul! 

serius bunyi dia macam cakap ngan robot -.- tersekat-2 , geramnya aku hanya Allah yang tahu!
sekali sarah tag aku kat post kami generasi 1994 , dia kata " dayah duk tingkat 7 pun banjir ke? "
memang ayat panas je nak kasi aku , bahaha .. aku rasa sedih gak skype buat prob , ah lantaklahh .. habislah dorang esok! aku tak janji aku on air tak ! bhahahah =..=

btw , dorang semua ada bakat ^_^ seronok sembang ngan dorang .. haha

okelah , mau tidur ^_____^ thanks to all Dj , and Alhamdulillah <3

Jumaat, 2 Mac 2012

tuttt result SPM tutttt


( ni yang aku rasa macam nak menyorok2 je  )


rasa macam tutt je bila tinggal lagi 20 hari keputusan SPM nak keluar ni ..
tarikh dia nak keluar tu 22 Mac 2012.

AKU CUAK SEBAB TERASA BEBAN MENEMPEK KAT BAHU , yelah AKU ANAK SULUNG , SO RASA TAKUT SANGAT-2 , TAPI WAT RELEK WAT PEACE , TAWAKAL JE LAH. SEMOGA BAIK2 SAHAJA RESULT AKU.

lepas nangis ketakutan , mengantuk pulak . btw thanks to my twin :) 
Ezzatul Syafiq
esok ko jaga anak aku eh :D

Selasa, 28 Februari 2012

aku suka Awan

post kalini aku nak cerita sikit pasal aku , aku suka sangat-sangat tengok awan , serius ciptaan Allah itu memang hebat , emm aku tak tahu kenapa aku suka tengok awan , lagi2 kalau dah dekat senja , ahhaa waktu tu waktu feveret aku woo , tak sabarnya nak tengok awan yang cantik :)

aku harap sangat suami aku dapat bawak aku pergi atas gunung dan tengok awan sama-sama :)
tu je impian aku :) nak sangat-sangat!!


LAWA SUNGGUH 


tenang hati aku , kalau boleh nak dapat rasa tengok pemandangan macam ni :")
nak sangat-sangat , urmm :)

Wet World - suka riangg

26/2/2012 pergi WET WORLD dengan sarah,madi dan adik sara :D pehh best kott , thakss sangat2 bagi aku gembira , macam2 aku rasa semalam tp lagi best nila balik rumah kena marah ..tuptup demam panas .. hahaha .. demam mandi wet world ni , hahahaha .. mandi tak ingat dunia , dok main gelongsor , dok lemas , dok tudung terbang , dok kena hempap , dok mengusha pakwe2 , ahahha .., seronok sangat :D


ALHAMDULILLAH AKU GEMBIRA SEKARANG :) 


Thanks Sarah n Madi , koranggg aku gembira sangat :') thanks to makbpak sarah :D


Ahad, 19 Februari 2012

AKHIRNYA


Malam ni Allah makbulkan segala doa aku selama ni , dan aku masih tak boleh nangis , tapi aku bersyukur sangat-sangat ke hadrat Illahi : )

tapi aku penat sangat-sangat lepas kejadian macam ni , esok dahla aku nak pergi interviu kerja baru , tak semangat . 

aku dah remove dia dr list fren fb tepat jam 9.00 malam - 19/2/2012
aku penat tunggu dia , aku mengalah bukan bererti aku kalah!

dapat cite ni pun lepas maghrib! aku letih sedih semua ada!!!



i am tired about love around me :")


(Ya Allah , aku penat sangat , penat sangat .. aku rasa lemah ! bimbinglah aku Ya Allah , aku dah lepaskan dia , kau dah kabulkan segala doaku Ya Allah , aku tak laratt , aku tak kuat .. berilah aku air mataa .aku nak lepaskan kesengsaraan ini :(( Aku dah remove frend dr dia .. menggeletar hati Ya Allah .. — bersama Ezzatul Syafiq dan 7 yang lain.)- aku buat post kt generasi :"(



Good Bye Capital A.A.S , kau yg pertama , sekrang aku nak kau lupa , aku ya :"D

ah kalutlah perasaan ni --"



Macam mana nak buang rasa yang hadir dalam hati ni ? aku dah tak kisah dia dengan yang lain , tapi sekarang aku merana tau takk , aku terlalu memendam , hati aku terasa robak dan koyak , kan bagus aku boleh flush je perasaan ni :-( , serius aku sedih . lagi sedih bila bangun tidur je teringat dekat perasaan ni .. aku doakan dia bahagia disamping kekasih tercinta , aku tak mengharapkan lagi cinta dari dia tu , aku ada Allah <3 

Ya Allah jika ini yang terbaik dari perancanganmu untukku , aku terima dengan hati yang terbuka 
tapi aku tak kuat untuk menanggung peritnya , kenapa aku masih tak boleh padam dia , bukankah dia diulit kebahagiaan sekarang? bahagiakanlah dia Ya Allah :')


aku nak senyum balik macam biasa hari2 ! huaaaaa

aku tak perlukan lagi cinta itu <3 aku masih punya rakan2 yang memahami , keluarga yang membuat hati riang 
cuma bila terbayangkan perasaan ini , aku jadi sedih sangat tapi tak reti nak nangis ~ haahahha

love islike a magical ~ its wonderful to have it but sometime it make us feel annoyed :3

Rabu, 15 Februari 2012

hidup ku kini

Assalamualaikum :)

begitu lama aku menyepi dalam kehidupan ku kini , hai ^^ 

sejak laptop rosak * 2 minggu yang lalu , serius aku jarang sangat online internet .. sekarang laptop dah baik balik , aku takde happy pun , sebab aku lebih suka kalau dia rosak .. seronok sangat balik kampung tadi , nak duduk lama2 lagi je rasa. nak jaga atuk dan nenek , tenang sangat .. tak payah jumpa teknologi lagi .. bosan !


lagipun sekarang kampong aku ngah renovate , atok sakit pulak , kesian :( 
takde mood nak citer banyak2 , tapi kampung memang dah lain sekarangg ;(

Rabu, 18 Januari 2012

mencintai itu


mencintai dan dicintai adalah perkara yang berbeza tidak kira dari sudut kanan mahupun kiri ,
dalam hidup ini kita boleh mencintai sesiapa jua tanpa memikirkan siapakah dia , buat apakah dia , kaya atau miskin itu bukannya faktor penting jika kita terlanjur mencintai seseorang itu ..

dicintai pula , ianya sesuatu yang ajaib kerana kita sukar untuk mengetahui siapakah yang mencintai kita dalam diam, yang mampu dan mahu menderita mencintai kita dalam diam , sama seperti kita yang adakalanya kita akan hanya mampu memendam perasaan tanpa memberitahu orang yang kita cintai , itulah yang dinamakan ajaib dunia kerana manusia boleh jadi lainnn sangat akibat butanya cinta . kan ? mengaku je lahh :P

kita boleh mencintai dan dicintai oleh Tuhan , Alam , Kawan2 , Kawan baik :) 
tak percaya ? just look around of you , and you will know .
.
.
Dalam mencintai seseorang itu juga kita akan dibelengu rasa ragu2 dan cemburu , itu perkara yang normal dan adakala kita akan tertipu oleh cinta yang sering kita puja selama ini ,tidak kira pada peringkat umur apapun kita boleh mencintai dan dikecewakan . malah kita sering tertanya mengapa kita yang menjadi bahan sengsara ? terimalah seadanya derita itu sebagai bukti itu cinta sejati kita terhadapnya biarlah dia tidak mengetahuinya , Yan penting Tuhan tahu apa yang kita rasa , mungkin satu hari nanti kita akan temui Cinta yang tidak pernah cuba menyakiti kita , kerana kita tahu apa itu Cinta .

siapakah insan yang anda cintai sekarang ? meranakah anda ? bersabar ye ;)
GOD ALWAYS LOOK FOR US

hmm , kadang2 perlu jugak kita berani dalam mentafsirkan cinta takut kita merana seumur hidup ;P
bukannya nak jadi doktor cinta , atrau sang penjiwang tetapi sekadar melepaskan rasa dalam hati :)

<3 THANKS FOR READING <3