Isnin, 31 Oktober 2011

Perasaan aku ?

hai assalamualaikum ^^

harini dayah nak cerita tentang perasaan dayah , dayah nak kongsi tentang apa yang dayah rasa , huyoo..
buat dua tiga harini kan dayah ada rasa keceriaan balik dalam hidup , harini pula rasa ketenangan .. hemm  Terima Kasih Ya Allah ..


tadi online FB , eceh konon taknak bukak , akhirnya bukak jugak ! haha.. kalau boleh kan dayah nak ketenangan tu buat sebulan 2 minggu ni je , semoga harapan dan doa dayah dikabulkan , amin ..
dayah taknak serabut , dayah dah rancang sedikit demi sedikit perjalanan dayah dari hari ke hari , dayah nak hidup yang teratur , kan best kemas takdalah sesak otak ^^

sekarang ni kan kat fb ada group 1994 , kat group ni dayah jumpa ramai kawan baru , walaupun belum kenal hati budi , tapi dayah rasa dorang oke.. selagi diorang tahu jaga adab berkawan dengan dayah itu kira bagus ..lagi satu tadi dayah dapat tahu yang kawan dayah putus hubungn , siap nangis , kalau perempuan takpa ni lelaki , wahh , susah nak tengok laki nagis sebb pompuan , dayah pun tak marahkan awek dia , sebb awek dia pun kawan dayah ,cuma kesian kat dia sebab SPM dah dekat..



waktu  dayah sekolah rendah dulu, dayah ngaku dayah bising ,tapi ramai girl anti dengan dayah , tak tahulah kenapa padahal dorang lagi bisingg dari dayah , nak kata dayah comel dulu ? errk ,rasanya jauh sekali dibandingkan dengan mereka yang selalu dipuji2 dipuja2 guru dan rakan dulu , tapi asallah dorang tu buat dayah macam dungu , kejam gilaa !


dan dayah ingat satu kejadian waktu sekolah darjah 6 dulu , dayah bukanlah budak2 yang genius tapi dayah antara yang berfikir , kalau dalam kelas tu dayah kat top ten je , tapi tak pernah top 3.. dan diorang yang top 5 tu la yang selalu pandang rendah kat dayah , dan ada satu kisah yang dayah rasa patut korang jadikan pengajaran dalam hidup ..

kumbang2 aku pun berkawan baik , tapi manusia ? kejam -.-


di petang hari yang sunyi di dalam kelas yang hanya ada beberapa orang murid sahaja , masa tu waktu murid2 main , jadi tengah dayah dok main gelak2 ngan kawan2 ,tiba2 ada seorang budak Pintar ni panggil dayah.. dayah pun teruslah pergi kat dia , masa tu rasa bertuah kalau budak Pintar macam dia nak bersembang dengan budak Biasa macam dayah, tak sangka dia sanggup psiko dayah macam ni :

 Budak Pintar : dayah ,sini jap .. 
 Dyah : apa ? boleh dayah tolong *ayat tambah,hehe*
 Budak Pintar : aku tengok ko ni kan , kecik je dahlah pendek ,macammana lah kau nanti kan bila tingkatan 1
 Dyah : ha? (sambil pelik)
 Budak Pintar : yelah , dahalh B O D O H , mesti kelakar bila ko T.1 nnt HAHAHA 
(gelak mcm Puntianak)
 Dyah : *diam je ,sambil terasa gila2 dalam hatiii , terguris woo* aku ngaku aku memang dlm ketegori pendek. tapi sejak tingkatan dua tinggi aku naik mendadak , tanjat boboi ^^


dayah betul2 tak sangka dia yang sepintar tu sanggup psiko dayah , kata dayah BODOH , dayah ulang ye
 b o d o h , perkatan ni amat mengguris dalam hatiii dayah ,dayah sampai nangis , sampailah hari exam besar, dayah tak boleh fokus hanya disebabkan kata2 dia ..

lepas sebulan tunggu keputusan , akhirnya keluar jugak pengnguman , dayah dapat Jaid je , walaupun sedih gila babeng , tapi dayah bersyukur , dayah dapat 62 je masa tu, lepas tu dayah tak sabar nak tahu keputusan diaa , budak pintar tu .. anda semua nak tahu tak dia dapat ap ? selalunya kalau periksa biasa dia mesti dapat Mumtaz , so dyah jangka dia dpt 96 ke kan , tak ku sangka .. dia menangis dan tak percaya yang markah dia cuma dapt 41 , huuuuuuuu .. masa tu semua cikgu2 pun tak percaya , siap nak pergi ngadu kat jabatan suruh cek balik jika ada salah kat mana2 .. sebab masa tu ada sorang pelajar , kawan dayah yang selalunya markah dia rendah boleh dapat Mumtaz 96 markahhhh ! tu yang dorang semua pikir tertukar dengan budak tuu..



dayah masa tu pun terpikir ada ke kaitan dengan dayh ? umm , dayah senyap je sampai sekarang , memang sakit hati kalau dipikirkan ayat dia dulu , tapi dayah nak maafkan dia , taknak simpan lama2 , tak elok ..
dan dayah harap takda sapa buat macam dia lagi , sebab balasan Tuhan memang menakutkan !! 


okelah mari kita amik pengajaran tu sama2 sebagai iktibar dalam kehidupan , andai kita dah bijak jangan sesekali Pijak orang yang berada bawah kita <3 bye2 Assalamualaikum,

Ahad, 30 Oktober 2011

aku suka bintang

<3 aku suka bintang tau , sekarang kalau aku nampak bintang je aku rasa nak beli tapi percayalah aku takkan beli :D sebab aku memang macam ni pun , kalau benda tu membawa kebaikan yang banyak baru aku beli , bukan kedekut tapi jimat , ehhe ^^ .. eh da melalut pulak ,

bintang tu ada 5 bucu , dan setiap bucu aku nak bagi maksudlah ehhe ,sebenarnya setiap bucu tu aku nak letak aku dan adik2 aku , walaupun aku ni tegas kat dorang tapi dalam hati aku , aku sayang dorang .. kalau aku sayang seseorang tu aku takkan bagi tahu dia , sebab sakit hati bila diorang tak reti hargai , baik tak yah bagi tahu kan ?


aku anak sulung , banyak tanggungjawab , dari kecik sampai besar memang cara didikan mak abah kat aku lain , lain dari yang dorang dapat , mak abah aku sangat tegas dgn aku waktu kecik dulu , salah sikit puykul,marah,tengking , sakitt , tapi bila aku meningkat remaja semua hilang , marahnya, tengkingnya,pukulnya , hilanggg :'(

sebab tu aku nak sangat mak ayah aku garang macam dulu , sebab dari situ terdidiknya aku seorang manusia yang tahu erti kepayahan , kesakitan , dan aku akan berusaha ke arah kejayaan ... kang aku cite lebih2 boring pulak , yang penting aku nak bukak satu butik , dan kembangkan perniagaan aku diluar negara , Butik aku butik modern-islamic ^^ , lagi satu aku nak bukak taska aku sendiri , aku tak target spm ni pun , tp aku cuba jugak , aku taknak jd jutawan tp aku nak jadi dermawan ^^

untuk mr.X tu , hahaha , kau kawan aku , aku rasa kau tahu aku suka kau .,. hahahahah ..
nanti2 la ye , kau belajar dulu, kalau jumpa kat U nanti pepandai la aku tegor hang ^^ .

aku sayang semua orang tapiiiiii aku takkan pernah bagi tahu dorang :D


Jumaat, 28 Oktober 2011

Aku menunggu .....

haaaaa , apakah yang aku tunggu ? aishh , jangan pikir macam2 tau , tampar kang !



aku menunggu mu , 
aku tak sabar sangat kerana tak lama saja lagi, 
bila ha kauu , kau bila nak ,
aku setia menuggu kau,
Hari demi hari sudah berlaluu,
tapi kau masih tetap sama macam yang dulu, 
bilalah agaknya aku dapat lihat kau,
aku teringin gila kau pergi,
ya,pergi dari hidup aku , 
Owh internet cepat2lah pergi,
mulai bulan depan juga bulan peperiksaan aku,
aku akan menundakan mu :)
tak sabar aku nak tengok kau takda lagi,

kan aku dah kata jangan pikir lain ! tu lahhh :) tak lama lagi tak payah aku post lagi dekat blog ,... :))
syang kau ! CBG :)

Pesan Rasul kepada Fatimah sebelum tidur

Suatu hari Rasulullah saw masuk ke rumah Sayyidah Fathimah as. Ketika itu, Fathimah sudah berbaring untuk tidur.
Rasulullah saw lalu berkata, "Wahai Fathimah, lā tanāmi. Janganlah engkau tidur sebelum engkau lakukan 4 (empat) hal;
  1. mengkhatam Al-Quran;
  2. memperoleh syafaat dari para nabi;
  3. membuat hati kaum mukminin dan mukminat senang dan rida kepadamu; serta
  4. melakukan haji dan umrah."

Fathimah bertanya, "Bagaimana mungkin aku melakukan itu semua sebelum tidur?"

Rasulullah saw menjawab: "Sebelum tidur, bacalah oleh kamu Qulhuwallāhu ahad tiga kali. Itu sama nilainya dengan mengkhatam Al-Quran." (Yang dimaksud dengan Qul huwallāhu ahad adalah seluruh surat Al-Ikhlas, bukan ayat pertamanya saja. Dalam banyak hadis, sering kali suatu surat disebut dengan ayat pertamanya. Misalnya surat Al-Insyirah yang sering disebut dengan surat Alam nasyrah).

Rasulullah saw melanjutkan ucapannya, "Kemudian supaya engkau mendapat syafaat dariku dan para nabi sebelumku, bacalah shalawat:
Allāhumma shalli `alā Muhammad wa `alā āli Muhammad, kamā shalayta `alā Ibrāhim wa `alā āli Ibrāhim. Allāhumma bārik `alā Muhammad wa `alā āli Muhammad, kamā bārakta `alā Ibrāhim wa `alā āli Ibrāhim fil `ālamina innaka hamīdun majīd." 

Kemudian supaya kamu memperoleh rasa rida dari kaum mukminin dan mukminat, supaya kamu disenangi oleh mereka, dan supaya kamu juga rida kepada mereka, bacalah istighfar bagi dirimu, orang tuamu, dan seluruh kaum mukminin dan mukminat."

(Tidak disebutkan dalam hadis itu istighfar seperti apa yang harus dibaca. Yang jelas, dalam istighfar itu kita mohonkan ampunan bagi orang-orang lain selain diri kita sendiri. Untuk apa kita memohon ampunan bagi orang lain? Agar kita tidur dengan membawa hati yang bersih, tidak membawa kebencian atau kejengkelan kepada sesama kaum muslimin. Kita mohonkan ampunan kepada Allah untuk semua orang yang pernah berbuat salah terhadap kita. Hal itu tentu saja tidak mudah. Sulit bagi kita untuk memaafkan orang yang pernah menyakiti hati kita. Bila kita tidur dengan menyimpan dendam, tanpa memaafkan orang lain, kita akan tidur dengan membawa penyakit hati. Bahkan mungkin kita tak akan bisa tidur. Sekalipun kita tidur, tidur kita akan memberikan mimpi buruk bagi kita. Penyakit hati itu akan tumbuh dan berkembang ketika kita tidur. Dari penyakit hati itulah lahir penyakit-penyakit jiwa dan penyakit-penyakit fisik. Orang yang stress harus membiasakan diri memohonkan ampunan kepada Allah untuk orang-orang yang membuatnya stress sebelum ia beranjak tidur).

Dalam hadis itu tidak dicontohkan istighfar macam apa yang harus kita baca, Namun bacaan Isighfar pada umumnya dengan membaca:
"Astaghfirullāhal azhīm lī wa lī wālidayya wa lī ashābil huqūqi wajibāti `alayya wal masyāikhina wal ikhwāninā wa li jamī'il muslimīna wal muslimāt wal mukminīna wal mukmināt, al ahyāiminhum wal amwāt."

(Ya Allah, aku mohonkan ampunan pada-Mu bagi diriku dan kedua orang tuaku, bagi semua keluarga yang menjadi kewajiban bagiku untuk mengurus mereka. Ampuni juga guru-guru kami, saudara-saudara kami, muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, baik yang masih hidup maupun yang telah wafat).

Bila kita mengamalkan istighfar sebelum tidur, paling tidak kita telah meminta ampun untuk orang tua kita. (jika orang tua kita telah meninggal, insya Allah, akan membuat orang tua kita di alam Barzah senang kepada kita). Istighfar itu pun akan menghibur mereka dalam perjalanan mereka di alam Barzah. Manfaat paling besar dari membaca istighfar adalah menentramkan tidur kita.

Nasihat terakhir dari Rasulullah saw kepada Fathimah adalah, "Sebelum tidur, hendaknya kamu lakukan haji dan umrah." Bagaimana caranya?
Rasulullah saw bersabda, "Siapa yang membaca subhānallāh wal hamdulillāh wa lā ilāha ilallāh huwallāhu akbar, ia dinilai sama dengan orang yang melakukan haji dan umrah."

Menurut Rasulullah saw, barangsiapa yang membaca wirid itu lalu tertidur pulas, kemudian dia bangun kembali, Allah menghitung waktu tidurnya sebagai waktu berzikir sehingga orang itu dianggap sebagai orang yang berzikir terus menerus. Tidurnya bukanlah tidur ghaflah, tidur kelalaian, tapi tidur dalam keadaan berzikir. Sebetulnya, bila sebelum tidur kita membaca zikir, tubuh kita akan tertidur tapi ruh kita akan terus berzikir. Sekiranya orang itu terbangun di tengah tidurnya, niscaya dari mulut orang itu akan keluar zikir asma Allah.

Khamis, 27 Oktober 2011

Cinta lagi ...

cinta itu apa ? kenapa ia mesti ada .. arghh , pada peringkat umur apa pun kita boleh jatuh cinta ,bila2 masa pun ia boleh datang dan pergi, kejammya... susahh ke senang ke cinta ni kita seorang je rasa nikmat dan kesannya , kau tau ? tak tahu kan ? jadi aku nak bagi tahu ye ..

  aku Jatuh Cintaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !

satu perasaan yang aku nak buang , tapi makin dalam , aku mengaku aku memang perlukan cinta ! tapi cinta yang ni  pada seorang makhluk yang bergelar  L e L a K i  , setiap malam aku berdoa jauhkan perasaan ni , sebab aku taknak leka , tapi bila aku nak tidur je , mesti ada bayangan dia .. hadoi susah nak padam dia ni :'(



cinta itu indah , satu nikmat yang Tuhan beri pada makhluk-makhluk ciptaan-Nya ,
namun cinta itu kala meributkan , menyusahkan yang merasa , kenapa? 
untuk orang yang berjaya mengetuk kembali hati aku ni , buat orang yang banyak kali aku cuba padam dan buang , buat orang yang aku selalu sakitkan ini , aku nak beritahu yang kau berjaya menjadi Prince Charming aku , yang berjaya buat aku berangan melamar kau , gilaaaaaaaaaaa !

Untuk Kau  : 

kau tahu semalam aku berangan yang aku melamar kau,
semalam jugak aku berangan yang kau terharu dan terima lamaran aku,
setelah lama kau aku sakitkan ,
setelah lama kau bersabar dengan karenahku,
aku yang merancang segala perasaan itu untukmu,
aku taknak jatuh cinta sebelum nikah.,
aku nak rasa cinta selepas nikah , 
tapi kenapa kau yang terbayangggg dalam anganku itu ? 
aku tetap meneruskan bayangan itu ,mencipta kegilaan cinta ,
dalam anganku kau seorang yang penyabar ,yang sanggupp bersabar dengan karenahku,
teman2 aku layan baik je , bagi hadiah ,bagi bantuan . tapi kau ? tak pernah dapat,
kau tarik muka selalu ,tapi kaver2 dengan malu ,
aku tahu kau terasa jadi aku tetapkan tekad kaulah pilihanku ,
akuu , aku perempuan yang lamar kau , kerana aku tau apa rasa sakit..
aku tau itulah waktu yang tepat ! hahahaha

ehh , kaurang nampak tak kehebatan cinta tuu ? nampak hahah, gilalah aku boleh terbayang benda ni ....
dan aku percaya ramai yang sedang dihantui cinta ini .. hahaha .. T a h n i ah ! buat kau jejaka , kau takkan tahu perasaan aku pada kau hingga sampai masanya , mungkin aku akan terlambat tapi aku tak kisah , sebab aku tahu cinta tu boleh datang dan pergi .... <3
 memang gila .. hahaha , kauu sudi ke ?? haha... Kuat angannya kan .. kahkahhhh :D

Rabu, 26 Oktober 2011

Perempuan VS Lelaki

wahh gilalah post kalini .. kau ada ? ahha , kalini BG nak kongsi gak pendapat tentang isu macm ni ..
disebabkan BG ni perempuan mestilah BG sokong perempuan lebih baik dari lelaki . tapi tak salah jugak kalau BG nak sokong laki .. haha


Okey bezanya dua jenis makhluk ini selalunya melibatkan perwatakan .. kalau watak tu senang je nak kenal , walaupun sekarang bertambah2 jantina baru .. hehe

-- P e r e m p u a n --
~ wahh , P memang cepat berperasaan , tersentuh , menjiwai dengan senanggg !
~ P jugak ramai sekarang bbanding lelaki .
~ takde orang panggil P nakal , kalau dia ter-over sikit mesti orang kata kami Gedik , Gatal , Jahat ..euuuk
~ boleh jadi kejam sekejam-kejamnyaa , dan bole jadi sebaik-baiknya terhadap seseorang ,sesuatu atau            dirinya , umpama kalau dia jahat dia setan , dia baik dia malaikat gituu ..
~perempuan memang dilahirkan dengan perasaan yang lebih dari lelaki , sebab tu mudah nangis walau semut gigit .. ouchh
~kalau dah gedik tu buat2 comellah , ala macam kucing kan ?
~boleh jadi ibu yang penyayang tapi pada anak dia je ! haha

-- Le l a k i --
aku tak tahulah yang aku citer ni betul ke tak ..aku bg pendapat je :)

~laki tu simple , kalau dia kata NO jadi maksud dia tidak *senang cite tak suka dolak-dalih kan ?
~boleh jatuh cinta pada setiap wanita , tak kira mak orang ke bini Pm ke , yang penting dah jatuh hati ..
~can easy say hai and bye , hey korang pikir P ni macam laki ke , hehe
~kalau dah sayang P dia tu , sayang sangat2 sampai kalau kehilangan P dia , dia akan bermurung !
~boleh jadi lelaki budiman , boleh jadi beriman dan ada yang jadi cam sitan -.-
~kalau hot tu tsangatlah hot , kalau cool tu tsangatlah cool , alah senang cite laki memang simple !!
~laki takde feeling lebeh2 macam perempuan .. biasalah L E L A KI kan ? :)

okey akhir kata ada yang tak setuju ? okey sila komen ^^ , best gak post tajukk ni ..weee
tapikan waktu kecik2 yang lelaki selalu nampak comel macam perempuan ..haha

can I erase the sadness God ? please :')

hew hew .. hai cute nak tau ke kisah BG today ? okey tanak tau takpa , BG beri tau jugak !

For a few days before , ecehh speaking plak minah ni , k k .. I speak malay back ^^
dalam masa 2-3 hari ni kan BG punya mata selaluuu berdenyut2 , tak kesah la yang kiri, yang kanan tak kira lagi yang atas dan bawah tuww .. so , BG wondering doe , BG mintak tolong Mr.Google lah apa lagi , ewahh banyak jwapan dia .. antaranya akn nangislah , dapat wanglah , jauh dari kesedihan melampaulahh .. ahha.
this things were very annoyed me :( k skang masa BG tgh taip ni pun mata BG gatai2 lg berdenyutt .. hurm ..

RUPA-RUPANYA !!! 

BG memang nak nangiss , hurm baru pas abis nangis ..walaupun anak2 buah kawan BG sebok main bunga api sempena raya dorang an .. haha , masa tu BG betul2 lemah , muncul plak kawan BG masa tu , jd mangsa japp..ahha tp BG tak bg tau ponn hal sebena , BG beri point je , lg pon BG tengok dia mcm letih ,yelahh main bunga api kan dgn anak buahh !

nak tau tak napa tajuk post BG kalini macamni :'( ??
skang ni BG betul2 kena kuat hadapi masalah ni tanpa ada kawan yang tahu BG susahh .. BG akan senyum macam biasa walaupun hati BG kosong .. BG nak Allah je skang .. :''(


tak lama lagi ayah BG akan benti kerja , OMA .. whats goin ong ? yalah bapak BG da tua tak larat nak kerja ..tapikan skang ni masa kituwang adek-badek sedang membesar dan memerlukan bnyakk duit :( BG takut bila dengar ayah BG akan bhutang nnt , skang ni nak harapkan mak pun kesian .. skang bergantung pada bussines sedang2 tu jelah ...

BG sedih sangat2 skang tp BG cubaa kuatkan hatii , BG baru je tsedar balik lepas BG hilang smangat pada SPM , hadoi .. ini tanda Allah tu sayangkan BG kan ? takpe BG kan kuatt ^^ .. huhuk .. mungkin Allah nak bg kesenangan ke lepas ni , Alhamdulillah :') BG tunggu dan usaha ke arah kejayaan itu <3

   

If i can erase all the hurts and sadness of course i wouldn't want it back and come again to me , but now i relised that my hope is not good because all the faith from You i need to face ! I need to be stronger girl , I should push my self towards Success and become the Queen ,King and Winner ! ya I can , go BG <3

O Allah give me the strength , patient , and determination in LIFE now and Forever , Ameen :')

Ahad, 23 Oktober 2011

Bye2 Facebook , Hai2 SpM ..

 urmm , spm makin dekat , korang cuak tak ? haha, aku nak kc tau sikiit benda betul tentang aku ..


spm made some spm candidates restless !


-sebenarnya aku takda cuak kat spm ni dah
-aku lagi cuak bila aku tak cuak kat spm
-sedang berubah ke arah kebaikan sekarang

-aku tinggalkan FB kejap , aku minta kawan aku tukar password FB aku .
-spm tu penting ,jadi aku taknak sia-siakan
-aku tak target pun untuk spm ni
macam2 cerita yang berlaku dan terjadi daripada FB :')

-aku nak cuba nasib je
-aku cuma pk apakah yang ada dalam U tu
-lagi 5 minit password aku akan ditukar :(

-aku suka bg semangat kat kawan2 aku
-sebab aku pun nak semangat tu dtg kat aku
-cuba,cuba dan masih mencuba

-aku tak secekap korang yang dah target A's tu
-Aku tak sepandai korang yang dah hafal nota2 tu
-tapi aku adalah aku !

~sekarang aku cuba nasib badan aku,Insya-Allah lulus spm aku .. Amin ..kawan2 tolong aku ye ^^ ~
~walaupun aku tak mula macam korang tapi aku nak berakhir macam korang yg A's dlm hidup tu~
~aku sayang mak , abah ,adik aku, kawan2 , sekolah , kau , dan aku ~ bye Assalamualaikum :')

Khamis, 20 Oktober 2011

Makk susah sebab aku ..

Bila Aku sakit semua benda jadi tak kena ::: mulalah menyusahkan orang lain , antaranya yg paling banyak aku susahkan ialah mak aku :')

mak seperti bidadari yang turun dari langit :')

akibat jari kaki tu , sekarang bertambah pulak sakit ulu hati , sakit kepala , disebabkan ubat !
aku bukan seorang yang meminati ubat dan tak suka pergi Hosp atau Klinik !! tapi kesiankan mak ,pergi jugaklah .. semalam aku makan ubat tahan sakit , lepas makan kepala aku tingtong sampai pagi tadi ..semlam jam 2 pg aku terjaga , aku lapar pergilah dapur makan nasi , tp...tekak aku tak boleh terima :(

aku nak masak bubur tp aku rasa mcm nak pitam , aku pun kejutlah mak aku , kesian aku tgk mak aku pepagi terpaksa msakkn bubur .. aku pun gorenglah sikit lauk buat pemasin tekak , tiba2 badan aku goyang2 ,kepala berputar rasanya ... aku tutup api terus baring , memang tak larat ..

pastu bubur pun masakk .. mak aku tanya nak mak cedokkan ke ? aku kata takpe2 , along cedok sndiri ..
aku pun bgn amik bubur ,duduk dan makan ,tapi... kepala aku pulak sakit .. aku pon simpan bubur tu dlm peti .. lepas simpan aku terus tidur , sakitt , jam 6.30 a.m aku tersedar lagi , nilah waktu untuk aku bersiap2 ke sekolah .. tapi kepala aku masih nak meletup .. terus tak sekolah ..



kesian mak , makk makk along banyak buat dosa kat mak , along tak janji jadi anak yang akan bg mak 9A seperti budak2 yg cemerlang , along pun ta boleh janji untuk menyediakan mak Sebuah Istana di Syurga :')

tapikan mak ,along hanya boleh mencuba supaya tunaikan impian mak nak tengok along jadi pendidik ..
along cuba ye mak , yg pasal Syurga tu , along hanya mencuba menjaga tatasusila along sbg anak yang Solehah untuk mak dan abah tak tanggung Dosa2 along ..

anakmu mulai membesar dan semakin menyusahkanmu :'(

along tak janji ye mak , along takut bila along berjaya mdpt 9A , along akan riak dan lupakan mak ..
tapi itu semua kerja Tuhan , along ikut sahaja alur kehidupan ini .. terima kasih sudi jaga along yang sakitt ni :)

I AM SORRY FOR NOT BEING THE PERFECT DAUGTER TO YOU MOM N DAD <3
But I am still Wish U in All my pray , for yours happiness <3 lovee u mom , dad :')

Rabu, 19 Oktober 2011

Bila aku Sakit ..

semalam aku menghadapi 2 insiden :) memang kelakar ..

sejak 2 bulan yang lalu , aku selalu sakit2 kat bahgian dada , belakang badan , kat paru2 ..memang sakit tau ..
pastu semalam dia sakit lagi , kadang2 dlm sehari lebih 5x sakitnya , ouchh..lalu, aku pun bg tahu makcik aku dia marah aku kenapa tak bg tahu awal2 ,akhirnya makcik aku tepon mak aku suruh bawak pergi Klinik ..

masa tu keluarga aku keluar pg kajang , aku tusyen .. dalam 10.30 mak aku kata siap2 nnt terus je pergi Klinik ,
sebelum tu kat umah aku bukk la psal tanda2 sakit dada , salah satu ciri2nya ialah kesan daripada kemalangan atau jatuh ,lantas aku pun cakap pernah ke aku accident ? ahha .. masa nak kluar rumah smpai ke lift ,tiba2 aku lupa nak bawak I/C ,aku pun lari pergi amik ic , masa aku nak keluar rumah tu aku kelam-kabut nak laju la katakan :)

yang bestnya ,masa aku tarik pintu rumah dengan daya yang agak laju, kuat dan ringan

aku lupa nak tarik kaki aku ke belakang , tiba2 GEDEGANGGG !!


bunyi pintu berlaga dengan ibu jari kaki aku :( ouch sakitnya sampai tak terasa ..
jari aku termasuk kat bawah pintu tu .. masa tu aku cuma boleh ckp TAKPELAH biasa je kot ..
tapi masa aku jalan aku mulai sakit dan mengesot , aku tengok jari kaki aku dah mengalir2 darah..
masa tu kaki aku kebas dan sjuk2 je ..

aku cabut kasut pkai sebelah je , kadang2 mulut aku ni masin .. punyalah tadi nak pergi klinik sebb sakit dada ,tak sangka plak 2 in 1 :) sampai2 klinik sume org tgk aku , HAHA .. muka dorang sayu dan takut tgk kaki aku .. siap tny lagi kenp tu ? ahha , aku cuma jawab tersepit pintu (:
masuk bilik rawatan ,akk misi tu sapu ubat pastu dia kata kuku aku ni kena C A B U T , tak tentu arah aku dengarnya , aku terus jawab : haaa..tak nak kak :( 

ni ha kakiku yang dibalut macam mayat !



akk tu jawab selalunya mcm ni mmg kena cabut ,.. ummm ..baru je aku tengok aritu kuku sedara2 aku takde ..aku tak nak ! akhirnya , doktor dtg dia amik penyepit tarik2 kuku aku , Dia kata : Oh ni melekat lagi ni , kalau nak cabut pun boleh , taknak makan antibiotik je .. aku terus je jawab Alhamdulillah , aku sanggup makan ubat dr hilang kuku :) yang pasal dada tu doc tu cakap tu aku sakit ulu hati dan gastrik , hem tu mmg penyakit aku , tp dah lama hilang tak sangka datang balik, Welcome Back Gastrick :)

smpai rumah kaki aku sakit sangattt , smpailah sekarang asal aku jalan je dia sakitt ! gila arh ..
tp ubat yg aku makan tu memang mengantukkan aku :zzZZzz :)
yang penting kuku kaki aku selamat dari dicabut , Hehe ,

ALHAMDULILLAH :D


Selasa, 18 Oktober 2011

Aku benci Gaduh !

G A D U H 

aku tak suka gaduh , aku benci gaduh , aku tak suka sangat2 bila bergaduh ..kau tahu tak gaduh tu perit , kau tahu tak yang gaduh tu boleh putuskan tali silaturrahim ? kau tahu tak itu d o s a ??
cuba kau jawab soalan aku , kenapa kau suka gaduh ? best ke ? 
kau nak sangat gaduh dengan aku , okey tapi jangan pernah kau menyesal !! aku sakit hati sangat2 bila orang nak gaduh ngan aku lepas aku dah baik2 dgn dia , Rasa tak dihargai langsung :(

aku benci bila gaduh dengan org yg aku percaya ! sebab sakit sangat hati bila kita cakap tp tak diendahkan..
aku benci gaduh dengan kawan dan makhluk sekalian alam , sebab ianya buat aku serabut, kejam dan tiada simpati ! 



aku terima bila aku sakit , dihina , diperli tapi aku tak suka nak mengsakitkan org , tak suka nak menghina orang , benci memerli orang :( sebab perkara itu sangat memedihkan hati , menghiris hati ! 
kalau aku buat kaurang sakit hati itu cuma secebis berbanding apa yang kaurang buat pada aku..

selama aku kenal orang tu aku akn sabar dgnnya, tapi sekali disakiti aku simpan weh , aku ingat sampai mati ...bila aku buat kau balik itu tandanya aku nak beri kau sikit pengajaran supaya kau tak buat dekat org lain lagi.. sebab aku tahu rasa perit bila disakiti :"(

cuma sbagai manusia biasa , aku hanya boleh memujuk diri aku agar memaafkan kaurang :(
aku masih boleh bersabar hingga ke akhir nafasku ....
aku tak suka marah2 nanti aku yang nangisssssss , benci tahu !

Ahad, 9 Oktober 2011

masaaa takk cukupp

huwaaaaa....
 

1----------- cuma tinggal 34 hari je lagi :"(


2----------tak lama lagi tinggal 24 hari :O


3----------lepasni tinggal 14 hari , mana cukup ! :(


4----------tinggal 4 hari menghitungg hari demi hariiku untuk masuk DEWAN PEPERIKSAAN !!

3 harii-----takutttt

2  hari----makin menakutkannnnn >,<""

1 Hariiii-------------MATILAHHH AKU KALAU TAK ULANG KAJI SEKARANG !! arghhhhhh


0 sampai jugak harinya!------------------masuk dewan jawab pastu balik (harap2 harini aku jwb dgn baik)

AMIN >>

aku mula 14/11 tamat 13/11 , doakan aku selamat dan tenang menjawab :')
lepas ni tamatlah statusku sebagai seorang pelajar menengahh , hukhukhuk :'((

  
  
aku pasti akan rindu semua perengai bebudak sekolah menengah , sayang korang sangat2 wahai pelajar 
5 Bakti  dan cikgu2 sekalian .....................

#dah takde mase untuk aku berfacebook, berblogging, bercintee , Arghh tak kesahhh >,,<


Sabtu, 8 Oktober 2011

S - P - M 2011

tengok tajuk tentu dah tahu isi , yang pasti ini bukan indah khabar dari rupa --" *ngarut*

okey, S P M ialah    :

 S- sijil
 P- paling
M- menyeramkan

sebenarnya memang menakutkan bila tengok tarikh yang hanya tinggal 30 hari uhh , peeehh
susah beb nak cari kerja skang , kang ramai yang makan anggur daripada tanam anggur ! --'
aku saja nak citer kat sini sebab aku tangah tunggu tenet aku habis masa , HAHA lepas ni tak payah lagi aku bukak Facebook dan Blog (betul2 aku tak sabar)...

kau nak tengok rupa aku tak lepas tension , nanti kat akhir kata2 aku ada gambar budak SPM !
skang ni aku cuma pk camne nak buang tabiat buruk , walaupun tabiat baik dah mula ada !
aku tak boleh citer panjang2 nanti aku bosan , lagipon aku tgk ramai yang kusyuk ulangkaji !!
aku taknak ketinggalan ~ taknakkkkkk --"

okeylah Semoga Berjaya buat siapa yang menduduki peperiksaan penting tu !
lagi2 calon2 SPM 2011 macam aku ni :D

ni lah gamba semangat aku pada SPM -,-"



okey tamat segala aksi luar jangka --" 
good luck to you darl <3

Sitii Nurhidayah .....

Selasa, 4 Oktober 2011

Untuk Encik Bintang ^^ peace

ehem-ehem Assalamualaikum En.B ,


sedang baca ke ? ahha,pertama sekali D nak bagi tahu yang Post kalini memang khas untuk En.B ..
Harap En.B sudi baca hingga ketitik akhir kata dari D oke ? thank youu : >


masih ingat tak pesanan ni :


~B,…B,…tau tak maksud disebalik capital B ni ? Tak kan ? Haha, cuba tengok langit jap.. Ada Nampak ape2 tak? Ada Nampak bintang ? Klau ad tengok lama sikit.. B boleh jadi,Bee,Bangang,Bodoh..tapi B yang ni bukan semua tu ye..haha..B yg ni maksud dia BINTANG ,ye bintang yg selalu bersinar dalam kegelapan,  so B bukan Baby taw ! Tp Bintang yg buat Hidayah berseri je..haha..selama mana chy itu ad maka selama itulah hari B akn berseri :P selamat malam~


sebenarnya masa ni D busan tahap gaban ,akhirnya D terpikir nak usik En.B , wehhee


oke, langsung kepada tujuan utama post ini adalah untuk menyatakan hasrat hati kecik ni , yang tak lama lagi nak amik SPM dan nak cuba fokus pada pelajaran dan meninggalkan seketika segala keseronokan ^^ , En.B , D ada benda nak bagi tahu ni : dalam banyak2 orang yang D pernah tersuka ,ehhee , cuma En.B berjaya buat D jeless , seriusss ! tapiii :( langit tak selalunya cerah kan ?? 


D sebenarnya nak mintak kita kawan seperti dulu balikk , dan D taknak panggil En.B lagi macam biasa , D nak pggl En.B masa kita masih berstatus Rakan Biasa , am I ss ? I hope not  :') nak tahu sebabnya ? oke D akan senaraikan sebab dia tapi D harap En.B still tegur D okey ?? 


ni sebab-musababnya kenapa D nak kita begini :-



  • D takut akan dosa maksiat (hati) dan D sayang nak tengok En.B menanggung dosa itu :!
  • D memang takut nak ucap kata sayang dan selamat tinggal kepada En.B sebab takut kehilangan En.B tapi sekarang D sanggup !
  • D tak mau En.B bosan dengan D , dan D nak tengok En.B berjaya di dunia dan akhirat <3
  • last but not least , D taknak kita lemou bila berbual ! boring tau , tapi selama ni terima kasih sudi gembirakan D ,dan D rasa syukur sangat2 ada En.B ^^,
  • D tak selesa sangat !
ada satu lagi pesanan yang dayah nak ucap terima kasih kat En.B , iaitu mesej yang En.B reka masa mengantuk dan terpaksa teman D uhh , ahha ni mesej dia :


~ ade s0rang gdis c0mel ni, dia ni es0k nak exam taw, pastu! Dia msg s0rg jejaka tmpan utk temankan dia, sbb dia takut ttidur! Niat hati s0rg jejaka ni baik, sbb nk sgttman dia! Tp! Apakan daya, jjaka ni dia nk tdur, sbb ngantuk sgt! Rase2nye ksian x kt jjaka tu ?? ~





Masa ni sebenarnya D pun bosan mesej ngan En.B , tp lepas En.B bg macam ni , D betul2 ketawa sampai sakit perutt :D ngantuk2 pun boleh gelakk ..haha , dan TERIMA KASIH sekali lagi untukk awak , 


#dah tak tau nak cakap ape --" , okelah tamat di sini , THANKS sudi baca post usangg saya ni awak2 semua ^^


ENCIK bINTANG ,SAYA TAK KISAH AWAK NAK KATA SAYA SS ke APA2 seadanya , SEBAB SAYA YANG IKHLAS NAK BUAT MACAM NI DAN SAYA HARAPP  AWAK MASIH BERKAWAN BAIK DENGAN SAYA ^^
good luck for your SPM soon , do the bestt from you , never lack confident oke ?
barulah boleh sukses hidup kita kan , ini pesan awakk dulu ,TQ


Siti NurHidayah Kamaruddin..

Ahad, 2 Oktober 2011

emm , buat masalah macam dapat hadiah ?

 oke2 tajuk yang anda baca ialah tentang pendapat saya terhadap masalah . ha nak tau kenapa saya punye action sedemikian ? hee, awak semua mesti gembira bila dapat hadiah kan ? samalah saya :) tapi awak gembira bila dapat masalah ? takkan punyelah , begitu jua saya kalau boleh saya nak lari dari segala masalah tapi itu hanya 1 kerja B O D O E , anda paham ? :))


tapikan masalah yang datang tu ada pelbagai jenis dan kesakitan , namun jika kita bijak menanganinya sudah tentu kita tak murung dan sakit kerana ia kan ? namun pada saya masalah itu memang lumrah dan saya sering menerimanya dengan senyuman untuk kuatkan hati yang lembut ini , heehe

kadang2 saya nak nagis bila tak tahan dengan masalah tu , tapi selalunya saya buat bodo dan biarkan terpendam , bahaya kan ? tapi takpe saya tahu selagi Tuhan itu bagi ujian dah tentu Dia yakin saya mampu tanganinya ~ relak uda ~ namun tak semua insan mampu buat macam saya , saya tahu tapi anda perlu ingat satu perkara ni :

LIFE IS ABOUT LAUGHING AND LIVING IN GOOD AND BAD TIME.
GETTING TROUGH WHATEVER COMES OUR WAY.
AND LOOKING BACK WITH SMILE , THE STRONG SMILE LOOKING..

itulah saya yang sentiasa senyum walau ribut taufan melanda , bukannya tak terhiris oleh masalah namun saya masih ingin menjadi seorang wanita yang teguh hatinya <3 saya tak boleh lemah sesuka hati nanti parah diri..



I LIKE SMILE CAUSE IT GIVE ME THE STRONG SOUL AND SPIRIT TO MY LIFE <33