Sabtu, 31 Disember 2011

Bye 2011 , Hye 2012


rahsia 13 rukun Solat

Inilah dia rahsia 13 Rukun Solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.


3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.


4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.


5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.


6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.


7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.


8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur


9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.


10 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di
dalam kubur.


11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.


12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.


13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.


Dari Abdullah bin 'Amr R. A.,
Rasulullah S. A. W. bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga
Hari Jumaat.
Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu

" FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"


Wassalam.


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

kredit to http://bloggercrew.in-malaysia.org terima kasih :)

Ahad, 25 Disember 2011

my BIRTHDAY 17teen

( NYANYI SAMA-2 YA )

Allah selamatkan kamu , Allah selamatkan kamu , Allah selamatkan hidayah edy , Allah selamatkan dayah .

-- terima kasih di atas nyanyian anda sebentar tadi ^^ --

Harini hari lahir dayah yang ke 17 , huaaa baru je masuk 17 tau ! maybe ramai yang baca ni gelakkan dayah , tapi do i care ? hehe, takpa yang penting dayah lahir jugak kat bumi ni ^^ .. nak tau tak ? bermula dari jam 12.00 am 25/12/2011 tadi , serius dayah terharu dan buat sesiapa yang ingat dayah tu tak kira sama ada di talifon , di laman sosial FB , terima kasih sangat-sangat , ! tau tak kejang tangan nak reply pesanan korang semua , hehe , the best present ever from you all :)

wohho dayah dah jadi warga tua >,<

ada sampai dayah tak sangka masih ada yang ingat dayah lagi tau ^^
serius terharu gegila :) btw, harini takde yang special pun , dayah tak sambut , kerja dayah harini . masak,makan, tidur,tengok tv, online fb, update blog dan Calling peoples :) ade yang seronok sembang , ada yang tak ! tahun depan dayah taknak call dah ! tacink >,< wekk .

apa2 pun dayah seronok sangat-sangat masuk umur 17 tahun ni :D lepas ni kena matang sikit ye ?? ha ? taknaklahh , :p , dayah sayang koranggggg ^^ bila dayah dah takda nanti doakan dayah ye :)
terima kasih Ya Allah yang masih memberi hela nafas kepadaku , dan terima kasih mak abah kerana sudi membesarkanku , buat kawan-2 I love U , :)

ASSALAMUALAIKUM 

Sabtu, 24 Disember 2011

esok 17

emmm , esok aku 17 ke ?harini 16 tahun 11 bulan 4 minggu 1 hari umur aku  , sekejapnya masa berlalu , sekolah pun dah habis . malam ni dapt panggilan percuma untuk sehari esok , dah 2 minngu habis sekolah rasa bosan sangat-sangat . dahla tak keluar mana2 , kerja pun tak ,lepas ni baru cari . hmmmm. hati aku kosong sekarang , takda perasaan macam dulu lagi . kadang2 rasa gembira , kadang2 rasa letih dengan semua ni . hoho . esok birday girl , aku perlu gembira-gembira kan ? nak call sape la agaknya esok .. hmmp ! dayah keep smile :)  sejak dah besar ni mana ada aku ada rasa nak sambut birday tp tak tahulah kalau mak aku nak buat kecil-kecilan esok . :) lagi beberapa jam je , i keep waiting but i dont excited , hmmp . k laaa , agak2 ade kek macam ni tak esok ? hahaha , aku tak minat kek ^^


SERIUS KEK NI NAMPAK SEDAP :) nak camni ?? :D

Rabu, 21 Disember 2011

sebuah cerita

akhirnya sudah seminggu tempoh tamat persekolahan tamat , sekarang ni aku dah stabil dan boleh terima seadanya takdir ini , aku memang mula-2 je akan sedih tahap gaban , tak lama lepas tu mesti okey punya .
sepanjang seminggu cuti ni juga kaki aku ni sibuk berjalan dan perabis duit , wiwiw. hampir setiap hari keluar ..haha, keluar dengan ika dan mida . sekarang ni dah habis dah tempoh berjalan kini tiba masa untuk bekerja. kerja apa la aku nak buat ni .. hahaii , cuba je la mana2 janji income masyuk an ? hehew.

kelmarin 19/12/2011 ,aku dan sekeluarga berjalan-jalan ke Cameron Highlands , serious aku tak rasa seronok dan tak rasa apa2 , mula2 tu teruja la gak , lama2 boring gegila.. banyak key chain aku beli .. sekurang-kurangnya ada kenangan g sana .. lepas tu gerak ke perak singgahh rumah mak angkat mak aku .. wahaha .. saja lawat2 , malam tu gerak balik rumah jugak.. dalam perjalanan mak aku cari durian pulak , perghh rezki kot malam tu dapat la kami DURIAN 1 bakul + 1 besen .. banyak kan ? semuanya berharga RM40 je .. uhh , murah kot , mana taknya kami beli kat rumah orang yang peramah sangat2 , baik gila2 .. pakcik dan makcik terima kasih sudi melayan kami :)



sampai2 rumah je dah 12.45 am 20/12/2011 , pergh satu hari berjalan , penat weh habis gatal2 badan aku .. huhuw. lagi 4 hari genaplah umur aku 17 tahun , haish dah tua aku ni . sekejap je masa berlalu , sekejap je aku dah membesar , dayah dah jadi anak dara orang .. huhuw . 25/12/1994 tu tarikh lahir aku . tak lama lagi je >,<" takut pulak ..adess , entah siapa dan berapa orang yang wish kat aku .. hehe .. k la nak tidur . kan aku dah kata dari tajuk post sahaja menerangkan ini sekadar sebuah cerita :) 

assalamualaikum , jumpa lagi ^_____________^

Jumaat, 16 Disember 2011

R I N D U

\

koranggg aku rindu korangg . aku tahu masa takkan berputar kembali .. aku sedang memujuk hati supaya redha yang aku tahun depan tak sekolah . korang sihat ? dah kerja ke ? aku belum kerja lagi , lepas berday aku kot baru kerja . korang tahu mood aku spoil gegila , bosan sangat2 dok rumah , asik sedih sengsorang je . aku peliknya aku tak boleh nak nangis , aku cuba keluarkan air mata tuu tapi tak boleh .. korang rindu tak dengan perangai aku ?? aku sedih lepas ni tak boleh aku nak gila2 macam kat dalam kelas , takde lagi orang nak gelakkan aku , takde lagi kawan2 yang bergerak ke makmal sains sama-2 . aku nak senyum sorang2 macam kat dalam kelas tuu , aku nak tengok korang marah2 dan ejek aku .. aku nak balik kita kira 123 bila cikgu2 otw ke kelas .. uihh , mesti tak boleh dapat punya . . hurm 

koranggg , aku dah la manja , korang pun tahu aku punya perangai .. tak dapat nak celebrate berday dengan korang , huuh .. korangg ingat tau aku laa yang paling last lahir kat dalam kelas . aku adik korang ingat tuu .. aku rindu nak main gaduh2 ngan korang .. rindu weh T,T , korangg tak sedih ke ?? zaman sekolah kita dah tamat , lepas ni zaman remaja tua pulak .. korangg nanti kita rancang sesama pergi ziarah cikgu2 nak ?? aku rindu cikgu2 kita , cikgu rab , cikgu ros , cikgu mas , cikgu azlina , sir chandran , teacher kho , wehh rindunya ... sejak habis sekolah ni aku jadi pendiam kat rumah dok terperap macam jeruk je , muka pun masam je .. korang pulak macam mana ?? 

korangg jaga diri elok2 tau , ingat kasut B-First aku tu tau ,ingat sampai bila2 tau yang kita ni kelas 5 Bakti 2011 ,mungkin lama2 nanti kita tak sesedih mula2 berpisah , let past be a past oke ?  aku ingat korang semua . waktu last exam aritu dalam pukul 11.55 am , aku perhatikan setiap wajah korang , sedih ada dan macam2 jiwa ada .. kalau jumpa aku kat memana jangan sombong pulak ! aku kecik hati nanti :') , okelah korangg aku cuma nak kasi tahu yang aku RINDU korang sesangat !!! :"(

A S S A L A M U A L A I K UM 

Selasa, 13 Disember 2011

Tamatnya Zaman Sekolah


Kini hanya kenangan yang akan menemani aku hari-hari , dalam mengingati semula ranjau kehidupan alam persekolahan dari pasti ke tadika , masuk pulak alam sekola SRK dan SRA , kemudian masuk pulak alam SMK .. aku sekolah di SMK.Taman.Medan yang pada mulanya aku tak berapa suka kan nya hinggalah tingkatan 3 mungkin faktor rakan kot :) 

masuk tingkatan 4 ,aku dapat kelas kedua , terkejut mula2 ;) subjek elektif dia yang seronok tu .. Sains pertanian , matematik tambahan dan akaun .. worhh gileh -,-" . mula2 aku tak berapa aktif dalam kelas , akhirnya satu hari berlaku kejadian yang memalukan jugak , kawan aku tarik kerusi waktu aku nak duduk , pergh memang tersembab la kan ? haha ,tapi memang sakit sikit yang sakit banyaknya ialah aku ditertawakan Satu kelas .. hemm , waktu tu bermulanya kisah baru dalam hidup kami :) 

lepas kejadian tu aku jadi periang balik , wee .. nakal dan suka bising dalam kelas tapi aku syok layan diri jeh ;D , aku mula malasss sampai form 5 .. haha . masuk F5 ni memang terbaik laa.. aku sayang kelas aku 5 Bakti , kami gila sama2 , sedih sama2 , drama king dan queen sama2 .. erghh rindunya zaman ni , harini hari terakhir aku sekolah ,lepas ni memang takde dah kain biru :( . jawab kertas sains pertanian tadi , 13/12/11 dari jam 8 am-12 pm .. balik je sekolah tadi terus gerak Taman Jaya ramai2 , tapi macam takde rasa merdeka ! betul2 takde rasa bebas tuhh , walau apa pun aku bersyukur SPM dah Tamat . cuma agak merisaukan keputusannya .. 

lepas ni mesti kengkawan aku dan aku makin renggang , yela mana dok sekelas lagi , jarang jumpa , entah2 pas ni jumpa pun senyum2 jek .. I HOPE NOT ! , walau ape pon Good Luck untuk kehidupan sebenar korang nanti , dah berjaya jangan lupa aku plak , dah nak kahwin jangan lupa undang pulak !!!! aku insya-Allah undang2 korang ;D hahahha .. k , aku nak cerita serba-serbi pasal kelas 4/5 BAKTI 2010/2011 ni <3


ni gambar waktu Form 4 . 
kiri atas : khusyairi ,Fadhli,shahirul,zamzami,fuad,mustafa,yazzif,meor,sharol,sabri,akmal
kiri diri : Asiah,shahirah,nasuha,lela,azralia,sarah,hafizah,ili jannah,miriati,shareena,farah,atikah
kiri duduk : syakirah,madihah,baizura ,Pn.Murley,yusof,asmida,Hidayah (aku) . 
Yang tak ada : aida hasyim, shamiera,azrena !

gambar form 5 entah bilalah dapat :(

tapi banyak kenangan dengan korang semua , Thanks ! 

bawah ni gambar2 kenangan kita bersama :'(

  
     
     
  


KALAU NAK LETAK SEMUA MAU PENGSAN AKU  ^________^ 

korang semua masih ingat ini ? kenangan tetap kenangan , we r ROCK together 5 Bakti 2011 :)
jangan lupa aku ye :D assalamualaikum ! 



Sabtu, 3 Disember 2011

Takdir


Kini hati kian sembuh , sembuh dari luka mengharap .
setelah mata di buka , hati di buka .
mulut tertutup kaku dan akal membeku .
Luka itu begitu dalam hingga tiada siapa yang tahu berapa jauh derita itu .
Andai hati ini bisa teriak , sudah tentu semua pekak .
jika Mulut ini berani berborak , pasti banyak hati yang robak .

mengharap pada sesuatu yang pasti tidak termiliki ,
sering menyepi dalam duka sendiri ,
menjelaskan dengan sehela keluhan dalam tangisan ,
tiada tujuan dan haluan yang pasti ,
rahsiaa itu tersimpan sepi dan rapi dalam lubuk hati .

kini hanya mengharap keajaiban dari Illahi ,
agar keteguhan yang kukuh menguatkan hati ,
andai itu takdir bagi diri ini ,
ku ucap kata-kata hati yang tak pasti ,
hanya dalam doa diri ini hari-hari .


Ya Allah kau semaikanlah cinta untukku yang suci tanpa kotoran setitik debu .
Kau kuatkan hatiku menempuh ranjau berduri ini .
Jadikan aku insan yang berjaya Dunia dan Akhirat ku nanti . 


A M I N. Y A R A B B A L. A L A M I N

Rabu, 30 November 2011

Sentap Manusia

apakah ? haaa , nak tahu apa yang aku nak tulis ni .. sila baca dibawah baik-baik ye :)


sentap dengan manusia , sebab sebaik-baik mereka janganlah percaya mereka sepenuhnya . suka menyeksa batin insan lain , takde otak nak fikir perasaan orang yang terguris tuu . Aku tak percaya manusia ! walau siapapun dia . aku serik , nak tau sebab ? aku akan cerita sebagai pengajaran , aku susah nak bocorkan rahsia aku tapi ini penting !

cerita ni bermula sewaktu aku darjah 5 hingga tingkatan 1 , aku tak tahulah kenapa aku dipulau  ,kalau setakat dua-tiga orang aku tak kesah sangat tapi satu kelas woi ! mungkin aku ada perangai yang korang tak suka tapi ape ke salah aku , bukan aku buli ke mencuri ke . betul2 aku pelik. lagi2 golongan PEREMPUAN yang anti aku , aku sedih sangat2 dorang buat aku macam ni , setiap hari menangis dalam hati . aku rasa aku dah kawan dengan dorang , cuma masa dulu aku terdidik dengan keadaan mendesak seperti hidup dalam DUNIA manusia yang gila POPULAR .

Asal aku nak join je dorang , terus dorang buat hal masing2 . aku buat ape je salah , kata aku ni bodohlah , mana taknya tak pernah nak ajar aku .. awal tahun kemain semua puji aku suruh aku duduk2 sebelah dorang ! tak sangka rupa2nya ada Udang di sebalik batu  sumpahh kejam gilaa korang ! korang seksa batin aku , 6 tahun baru aku tahu sapa dalang di sebalik kejadian , harap kau dapat Hidayah Allah . Dia popular jadi semua budak2 ikut apaaa dia buat . sumpah tak matang langsung .. Dia baik je dengan aku , tak pernah kutuk aku . tak sangka di belakang aku dialah Iblis >,< . dulu masa aku kena kudis , takde orang nak kawan dengan aku , lagi korang pulaukan aku .. 

bila aku kudis tu , mestilah sakit tak boleh menulis . cikgu bagi kelonggaran tapi Korang kata aku Manja + Mengada-ngada , korang tahu tak ? susah aku nak maafkan korang . sampai sekarang aku ingat !! 
masuk darjah 6 pun sama , masuk tingkatan satu pun kena pulau ! sejak tu aku mula TAK percayakan Manusia  dan takut kenakan orang sebab aku tahu rasa sakit ... Doa2-lah moga hati aku lembut untuk memaafkan korang semua .... :'(


Aku mintak maaf kalau aku ada sakitkan hati korang :'(( SORRY !
Kepada insan2 yang sudi baca ni , sila amik iktibar !

SETIAP INSAN DI MUKA BUMI INI ADA HARGA DIRI ,
TERMASUK ANDA YANG MEMBACA ,
JADI JANGAN PERNAH MERENDAH-RENDAHKAN MARTABAT ORANG LAIN ,
KALAU ANDA TAK NAK HUKUM KARMA BERBALIK SEMULA KAT ANDA . 


Ahad, 27 November 2011

ku tak sanggup

Andai bisa hati ini berbicara , sudah pasti kau terkedu .
Andai diri ini kuat dan berani berbicara , sudah tentu kau diam membisu .
Diri ini belum mampu , diri ini belum sanggup 
sanggup untuk berdepan dengan kau , sanggup untuk berbicara dengan kau .
diri ini hanya mampu untuk berlari , mampu untuk menjauh .
tidak cukup teguh , belum bisa kuat .



Andai semua ini , semua kelemahan dapat ku tempuh .
Andai dapat ku sentuh hatimu , ingin sekali ku mengetuk sehingga kau menyedari
menyedari kehadiranku hari-hari dengan lakonan harianku .
Andai bisa cepat aku melupakanmu , cepat memadammu
padam dan buang kau dari hidupku .
sudah tentu aku tidak begini , sudah tentu hatiku kosong sendiri .

Kini ku ingin sendiri , ku ingin membawa diri 
jauh dan terlalu jauh darimu , dan menghilang dari kelipan matamu 
mendiam dari degupan jantungmu ,
Ku mengundur karna ingin membersihkan semula luka hatiku ,
ku menghilang karna ku tak sanggup dan tak mampu hidup dengan cinta palsu ,
yang hanya memberi sejuta air mata dari hari ke hari .

S E K I A N 

Jumaat, 11 November 2011

111111 Kenangan Terindah



tidak ada kata-kata yang terungkap melainkan air mata yang mengalir deras membawa sejuta erti dari hati...
harini hari yang bermakna dalam hidup aku sebagai seorang pelajar tingkatan 5 , terlalu banyak kenangan hari ini ,mungkin harini hari bermulanya langkah persediaan aku menghadapi cubaan yang lebih selepas ni , yelah SPM kan hari isnin ni 14/11/2011 aku melangkah kaki ke dewan peperiksaan sebagai seorang calon SPM 2011 dan aku melangkah seperti seorang pejuang yang berjihad di jalanNya bersama rakan2 seperjuangan ..

tarikh harini memang cantik 11/11/11 harinya pun hari yang baik , hari jumaat ..
pagi tadi sekolah aku ada buat hari penyerahan ilmu , pagi2 dekat surau buat solat taubat + hajat ,lepas tu terus duduk dekat dewan sebab nak mulakan majlis . mula2 aku tahan air mata memang tahan , sekali salam cikgu masyitah terus berair , takda kata2 nak keluar sampai cikgu kata "takpa awak tak kata apa2 pun saya faham,belajar rajin2 ,baca doa bnyk2" pergh gila sedih bhai ..

lepas sorang2 cikgu disalam dan dipeluk , kebanyakannya aku memang takda kata2 nak keluarkan , air mata aku deras gegila keluar , betul kata kawan2 aku "hari jumaat ni sediakan 2 baldi untuk dayah" haha , sekali dapat menangis memang aku bukak semua pili air mata :') waktu salam dengan guru2 yang mengajar aku memang aku tersentuh gila , cikgu rosiah,azlina,syanti,kho ling ling,ramlah,rabiatul,sir chandran,surihani dan cikgu2 lain memang sedih :'( , aku tak boleh tahan air mata tadi walaupun berkali dilap oleh aku , cikgu2 pun lap .. 


ada seorang cikgu ni , dia tak pernah ajar aku tapi aku kenal dia dari aku kecik , aku pun tak pernah bersembang lama dengan dia , tapi tadi aku tersentuh gila bila aku boleh peluk dia dan dia pesan kat aku "ingat mak ayah, buat elok2 ingat kesusahan mak ayah ye" cikgu tu memang kenal mak ayah aku , mana taknya ada bau2 bacang .. lepas salam ngan cikgu2 salam pulak dengan rakan2 , lagilah air mata aku tak habis ..peluk tambah dengan pesan2 sesama sendiri , air mata aku mengalir je sampai waktu makan ,.. HAHA , lepas makan emosi aku dah tenteram , sekarang memori itu masih bermain2 dan terngiang2 di telinga aku , 

tarikh ni memang hari yang bermakna dan penuh kenangan lagipun harini hari persaraan Datin Hajah Khairiah Bt Bahari , pengetua sekolah aku , tarikh kitorang masuk sekolah dia pun masuk , kami keluar sekolah pun dia keluar sekali , hmmm semuanya tersimpan di kalbu dan benak hati , hanya Dia yang tahu , 

Alhamdulillah sekarang aku boleh nampak apa2 yang doa dimakbulkan serta merta mahupun sedikit2 , aku jugak meminta maaf kepada rakan2 seperjuangan tadi , bila aku terasa berdosa , buat sesiapa yang sudi baca post ini , doakanlah kami batch 2011 dapat keputusan yang baik2 , terima kasih sekali lagi .. 


SEMUANYA TERSIMPAN DAN BERMAIN-MAIN DI BENAK FIKIRAN JUGA HATI , SEIKHLAS HATI AKU RINDU AKAN SEMUA INI DAN AKU BERHARAP KITA SEMUA DAPAT MENJAWAB DENGAN BAIK DAN DIBERKATI ALLAH , Amin ... :")

Isnin, 7 November 2011

Bisikan Hati ku


Bisik hati merayu dilepaskan , diluahkan supaya bebas dari rasanya beban .. bisik hati juga meronta-ronta dalam diam tanpa kasih di lubuk hati ...


Rasa yang terungkapkan , hanya dalam memori dan benak tersimpan ..tidak mudah untuk meluahkan rasa itu walau sedikit ..aku menahan dalam diam ,rasa sakit tidak ditunjukkan , kini mulai terasa tawarnya hidup terasa kelatnya hati menelan kepura-puraan ini ,kini , hanya mampu tawa dalam sendu , kehadiran tawa yang palsu untuk mengaburi sendu-sendanku , 

hari demi hari kian berlalu menyapaku , menegurku , ku tersedar yang ku sudah terlalu lama berada dalam dunia angan palsu yang menghancurkan aku..kini aku cuba mengorak kembali langkah kejayan hidupku , sekarang bukannya masa yang sesuai untuk aku terus dibelengu rasa beku itu , tapi ini masa untuk memperjuangkan sebaik mungkin baki sisa masa yang masih ada untukku 

tanpa penyesalan , keraguan dan kepalsuan , aku akan cuba sekuat mungkin bangun dari dunia khayalan yang hanya sementara berbanding yang nyata.. ya dan aku ingin kecapi rasa bahagia kebebasan tanpa perasan itu lagi . yaaaaaaaaaaaa ....


INGIN SEKALI KU TERBANG TINGGI DAN MENINGGALKAN DUNIA INI , NAMUN AKU MASIH PUNYAI TANGGUNGJAWAB YANG BELUM TERTUNAIKAN , KINI MENYEPI DAN SENDIRI INGIN KU HILANGKAN , BUANGKAN SEHINGGA BERSIH DARI KEKOTORAN , BANGUNLAH WAHAI HATI YANG TABAH :')

Khamis, 3 November 2011

heee aku ditag

★ aku ditaglah oleh (edaman hatiku http://edamanhatiku.blogspot.com/)
aku kena terangkan yek , selalu kena tag tapi tak pernah faham >< haha , so dia ada peraturan dia , ada arahan pulak , kena bagi jawapan pulak , adusss , okelah okelah aku jawab ye :)

Peraturan-nya
  • each person must post 11 things about themselves in their jurnal.
  • answer the Que. the tagger set 4 u in their post & creat 11 new Que. 4 the people you tagged to answer.
  • u have to choose 11 people to tag & link them to the post
  • go to their page & tell them you have tagged him/her
  • no tags back


11 perkara tentang saya :)
  • suka makan dan seorang pemilih makanan
  • tak suka benda berselerak,kotor atau yang seada dengannya.
  • suka berfikir
  • suka berangan sebelum tidur
  • minat pada bintang
  • sayang keluarga tapi tak tunjuk
  • suka senyum
  • anak sulung dan seorang yang tegas
  • tak suka marah sebab nanti sakit kepala
  • suka berjalan daripada menunggang
  • mudah berubah perangai
Jawapan untuk soalan edaman hatiku
  • dayah suka makan aiskrim coklat ,yummy..
  • pernah , bolehlah sebab dulu addict dengan kartun,haaha
  • kali terakhir dayah telan panadol , tahun lepas kot sebab dayah benci PANADOL !
  • blog eya menarik ,cuma tulisan ada berterabur sikit *sorry*
  • haha , warna kegemaran ni selalu tukar2 jadi tak tahulah >.< , dayah pilih unggu cair jela sebab warna dia lembut dan segarkan mata kot . haha
  • dayah agak umur eya 15 la , heeehe
  • nak tau ke birday dayah bila ? nak bg hadiah ke >.< ahha dayah lahir 25/12/1994. lambatkan ?
  • sokong je .
  • wahhh *teruja*
  • sarkastik ? ohh , dayah bukan seorang yang sarkastik uh sebab menyakitkan hati kalau ada yg buat kat dayah sebab terasa zalim .. ish ish >,<

ni soalan Eya tu 
1. anda suka makan aiskrim ? aiskrim apa?
2. anda pernah tonton keroro gunsou? suka x?
3. bila kali terakhir anda telan panadol?
4. apa pndapat anda ttg blog eya? pleaz be true k
5. apa warna kegemaran anda? knp ?
6. anda agak2 brapa umur eya?
7. tarikh lahir anda ?
8. sokong blogwalking @ tidak?
9. perasaan anda bila masuk blog eya?
10. pernah rasa nk hentam kepala sesiapa x?
11. anda sarkastik?


 NI SOALAN DAYAH UNTUK BLOG YG DAYAH TAG
  • apa anda rasa lepas dapat tahu anda ditag oleh saya ?
  • suka gaduh tak ? kenapa ?
  • pedih hati tak kalau tengok orang yg anda cinta berborak dengan girl lain ?
  • apa pendapat korang tentang blog dayah ?
  • suka matapelajaran apa kat sekolah ?
  • awak rasa soalan2 saya ni membosankan tak ? haha
  • pandai memasak ? pernah tak masak sampai rentung/hangus ? apa rasa ??
  • makanan feveret anda apa ?
  • suka ke bila orang kutuk2 anda ?
  • berani tak tegur kesalahan orang lain ?
  • anda seorang sarkastik ?


huyoo panjang an ? skang ni dayah kena tag orang pulak :
dayah buat ni jelah je  >.< *ngantook* oke jawab ye blog2 comel pilihan
budak gades  ^________________________^

Isnin, 31 Oktober 2011

Perasaan aku ?

hai assalamualaikum ^^

harini dayah nak cerita tentang perasaan dayah , dayah nak kongsi tentang apa yang dayah rasa , huyoo..
buat dua tiga harini kan dayah ada rasa keceriaan balik dalam hidup , harini pula rasa ketenangan .. hemm  Terima Kasih Ya Allah ..


tadi online FB , eceh konon taknak bukak , akhirnya bukak jugak ! haha.. kalau boleh kan dayah nak ketenangan tu buat sebulan 2 minggu ni je , semoga harapan dan doa dayah dikabulkan , amin ..
dayah taknak serabut , dayah dah rancang sedikit demi sedikit perjalanan dayah dari hari ke hari , dayah nak hidup yang teratur , kan best kemas takdalah sesak otak ^^

sekarang ni kan kat fb ada group 1994 , kat group ni dayah jumpa ramai kawan baru , walaupun belum kenal hati budi , tapi dayah rasa dorang oke.. selagi diorang tahu jaga adab berkawan dengan dayah itu kira bagus ..lagi satu tadi dayah dapat tahu yang kawan dayah putus hubungn , siap nangis , kalau perempuan takpa ni lelaki , wahh , susah nak tengok laki nagis sebb pompuan , dayah pun tak marahkan awek dia , sebb awek dia pun kawan dayah ,cuma kesian kat dia sebab SPM dah dekat..



waktu  dayah sekolah rendah dulu, dayah ngaku dayah bising ,tapi ramai girl anti dengan dayah , tak tahulah kenapa padahal dorang lagi bisingg dari dayah , nak kata dayah comel dulu ? errk ,rasanya jauh sekali dibandingkan dengan mereka yang selalu dipuji2 dipuja2 guru dan rakan dulu , tapi asallah dorang tu buat dayah macam dungu , kejam gilaa !


dan dayah ingat satu kejadian waktu sekolah darjah 6 dulu , dayah bukanlah budak2 yang genius tapi dayah antara yang berfikir , kalau dalam kelas tu dayah kat top ten je , tapi tak pernah top 3.. dan diorang yang top 5 tu la yang selalu pandang rendah kat dayah , dan ada satu kisah yang dayah rasa patut korang jadikan pengajaran dalam hidup ..

kumbang2 aku pun berkawan baik , tapi manusia ? kejam -.-


di petang hari yang sunyi di dalam kelas yang hanya ada beberapa orang murid sahaja , masa tu waktu murid2 main , jadi tengah dayah dok main gelak2 ngan kawan2 ,tiba2 ada seorang budak Pintar ni panggil dayah.. dayah pun teruslah pergi kat dia , masa tu rasa bertuah kalau budak Pintar macam dia nak bersembang dengan budak Biasa macam dayah, tak sangka dia sanggup psiko dayah macam ni :

 Budak Pintar : dayah ,sini jap .. 
 Dyah : apa ? boleh dayah tolong *ayat tambah,hehe*
 Budak Pintar : aku tengok ko ni kan , kecik je dahlah pendek ,macammana lah kau nanti kan bila tingkatan 1
 Dyah : ha? (sambil pelik)
 Budak Pintar : yelah , dahalh B O D O H , mesti kelakar bila ko T.1 nnt HAHAHA 
(gelak mcm Puntianak)
 Dyah : *diam je ,sambil terasa gila2 dalam hatiii , terguris woo* aku ngaku aku memang dlm ketegori pendek. tapi sejak tingkatan dua tinggi aku naik mendadak , tanjat boboi ^^


dayah betul2 tak sangka dia yang sepintar tu sanggup psiko dayah , kata dayah BODOH , dayah ulang ye
 b o d o h , perkatan ni amat mengguris dalam hatiii dayah ,dayah sampai nangis , sampailah hari exam besar, dayah tak boleh fokus hanya disebabkan kata2 dia ..

lepas sebulan tunggu keputusan , akhirnya keluar jugak pengnguman , dayah dapat Jaid je , walaupun sedih gila babeng , tapi dayah bersyukur , dayah dapat 62 je masa tu, lepas tu dayah tak sabar nak tahu keputusan diaa , budak pintar tu .. anda semua nak tahu tak dia dapat ap ? selalunya kalau periksa biasa dia mesti dapat Mumtaz , so dyah jangka dia dpt 96 ke kan , tak ku sangka .. dia menangis dan tak percaya yang markah dia cuma dapt 41 , huuuuuuuu .. masa tu semua cikgu2 pun tak percaya , siap nak pergi ngadu kat jabatan suruh cek balik jika ada salah kat mana2 .. sebab masa tu ada sorang pelajar , kawan dayah yang selalunya markah dia rendah boleh dapat Mumtaz 96 markahhhh ! tu yang dorang semua pikir tertukar dengan budak tuu..



dayah masa tu pun terpikir ada ke kaitan dengan dayh ? umm , dayah senyap je sampai sekarang , memang sakit hati kalau dipikirkan ayat dia dulu , tapi dayah nak maafkan dia , taknak simpan lama2 , tak elok ..
dan dayah harap takda sapa buat macam dia lagi , sebab balasan Tuhan memang menakutkan !! 


okelah mari kita amik pengajaran tu sama2 sebagai iktibar dalam kehidupan , andai kita dah bijak jangan sesekali Pijak orang yang berada bawah kita <3 bye2 Assalamualaikum,

Ahad, 30 Oktober 2011

aku suka bintang

<3 aku suka bintang tau , sekarang kalau aku nampak bintang je aku rasa nak beli tapi percayalah aku takkan beli :D sebab aku memang macam ni pun , kalau benda tu membawa kebaikan yang banyak baru aku beli , bukan kedekut tapi jimat , ehhe ^^ .. eh da melalut pulak ,

bintang tu ada 5 bucu , dan setiap bucu aku nak bagi maksudlah ehhe ,sebenarnya setiap bucu tu aku nak letak aku dan adik2 aku , walaupun aku ni tegas kat dorang tapi dalam hati aku , aku sayang dorang .. kalau aku sayang seseorang tu aku takkan bagi tahu dia , sebab sakit hati bila diorang tak reti hargai , baik tak yah bagi tahu kan ?


aku anak sulung , banyak tanggungjawab , dari kecik sampai besar memang cara didikan mak abah kat aku lain , lain dari yang dorang dapat , mak abah aku sangat tegas dgn aku waktu kecik dulu , salah sikit puykul,marah,tengking , sakitt , tapi bila aku meningkat remaja semua hilang , marahnya, tengkingnya,pukulnya , hilanggg :'(

sebab tu aku nak sangat mak ayah aku garang macam dulu , sebab dari situ terdidiknya aku seorang manusia yang tahu erti kepayahan , kesakitan , dan aku akan berusaha ke arah kejayaan ... kang aku cite lebih2 boring pulak , yang penting aku nak bukak satu butik , dan kembangkan perniagaan aku diluar negara , Butik aku butik modern-islamic ^^ , lagi satu aku nak bukak taska aku sendiri , aku tak target spm ni pun , tp aku cuba jugak , aku taknak jd jutawan tp aku nak jadi dermawan ^^

untuk mr.X tu , hahaha , kau kawan aku , aku rasa kau tahu aku suka kau .,. hahahahah ..
nanti2 la ye , kau belajar dulu, kalau jumpa kat U nanti pepandai la aku tegor hang ^^ .

aku sayang semua orang tapiiiiii aku takkan pernah bagi tahu dorang :D


Jumaat, 28 Oktober 2011

Aku menunggu .....

haaaaa , apakah yang aku tunggu ? aishh , jangan pikir macam2 tau , tampar kang !



aku menunggu mu , 
aku tak sabar sangat kerana tak lama saja lagi, 
bila ha kauu , kau bila nak ,
aku setia menuggu kau,
Hari demi hari sudah berlaluu,
tapi kau masih tetap sama macam yang dulu, 
bilalah agaknya aku dapat lihat kau,
aku teringin gila kau pergi,
ya,pergi dari hidup aku , 
Owh internet cepat2lah pergi,
mulai bulan depan juga bulan peperiksaan aku,
aku akan menundakan mu :)
tak sabar aku nak tengok kau takda lagi,

kan aku dah kata jangan pikir lain ! tu lahhh :) tak lama lagi tak payah aku post lagi dekat blog ,... :))
syang kau ! CBG :)

Pesan Rasul kepada Fatimah sebelum tidur

Suatu hari Rasulullah saw masuk ke rumah Sayyidah Fathimah as. Ketika itu, Fathimah sudah berbaring untuk tidur.
Rasulullah saw lalu berkata, "Wahai Fathimah, lā tanāmi. Janganlah engkau tidur sebelum engkau lakukan 4 (empat) hal;
  1. mengkhatam Al-Quran;
  2. memperoleh syafaat dari para nabi;
  3. membuat hati kaum mukminin dan mukminat senang dan rida kepadamu; serta
  4. melakukan haji dan umrah."

Fathimah bertanya, "Bagaimana mungkin aku melakukan itu semua sebelum tidur?"

Rasulullah saw menjawab: "Sebelum tidur, bacalah oleh kamu Qulhuwallāhu ahad tiga kali. Itu sama nilainya dengan mengkhatam Al-Quran." (Yang dimaksud dengan Qul huwallāhu ahad adalah seluruh surat Al-Ikhlas, bukan ayat pertamanya saja. Dalam banyak hadis, sering kali suatu surat disebut dengan ayat pertamanya. Misalnya surat Al-Insyirah yang sering disebut dengan surat Alam nasyrah).

Rasulullah saw melanjutkan ucapannya, "Kemudian supaya engkau mendapat syafaat dariku dan para nabi sebelumku, bacalah shalawat:
Allāhumma shalli `alā Muhammad wa `alā āli Muhammad, kamā shalayta `alā Ibrāhim wa `alā āli Ibrāhim. Allāhumma bārik `alā Muhammad wa `alā āli Muhammad, kamā bārakta `alā Ibrāhim wa `alā āli Ibrāhim fil `ālamina innaka hamīdun majīd." 

Kemudian supaya kamu memperoleh rasa rida dari kaum mukminin dan mukminat, supaya kamu disenangi oleh mereka, dan supaya kamu juga rida kepada mereka, bacalah istighfar bagi dirimu, orang tuamu, dan seluruh kaum mukminin dan mukminat."

(Tidak disebutkan dalam hadis itu istighfar seperti apa yang harus dibaca. Yang jelas, dalam istighfar itu kita mohonkan ampunan bagi orang-orang lain selain diri kita sendiri. Untuk apa kita memohon ampunan bagi orang lain? Agar kita tidur dengan membawa hati yang bersih, tidak membawa kebencian atau kejengkelan kepada sesama kaum muslimin. Kita mohonkan ampunan kepada Allah untuk semua orang yang pernah berbuat salah terhadap kita. Hal itu tentu saja tidak mudah. Sulit bagi kita untuk memaafkan orang yang pernah menyakiti hati kita. Bila kita tidur dengan menyimpan dendam, tanpa memaafkan orang lain, kita akan tidur dengan membawa penyakit hati. Bahkan mungkin kita tak akan bisa tidur. Sekalipun kita tidur, tidur kita akan memberikan mimpi buruk bagi kita. Penyakit hati itu akan tumbuh dan berkembang ketika kita tidur. Dari penyakit hati itulah lahir penyakit-penyakit jiwa dan penyakit-penyakit fisik. Orang yang stress harus membiasakan diri memohonkan ampunan kepada Allah untuk orang-orang yang membuatnya stress sebelum ia beranjak tidur).

Dalam hadis itu tidak dicontohkan istighfar macam apa yang harus kita baca, Namun bacaan Isighfar pada umumnya dengan membaca:
"Astaghfirullāhal azhīm lī wa lī wālidayya wa lī ashābil huqūqi wajibāti `alayya wal masyāikhina wal ikhwāninā wa li jamī'il muslimīna wal muslimāt wal mukminīna wal mukmināt, al ahyāiminhum wal amwāt."

(Ya Allah, aku mohonkan ampunan pada-Mu bagi diriku dan kedua orang tuaku, bagi semua keluarga yang menjadi kewajiban bagiku untuk mengurus mereka. Ampuni juga guru-guru kami, saudara-saudara kami, muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, baik yang masih hidup maupun yang telah wafat).

Bila kita mengamalkan istighfar sebelum tidur, paling tidak kita telah meminta ampun untuk orang tua kita. (jika orang tua kita telah meninggal, insya Allah, akan membuat orang tua kita di alam Barzah senang kepada kita). Istighfar itu pun akan menghibur mereka dalam perjalanan mereka di alam Barzah. Manfaat paling besar dari membaca istighfar adalah menentramkan tidur kita.

Nasihat terakhir dari Rasulullah saw kepada Fathimah adalah, "Sebelum tidur, hendaknya kamu lakukan haji dan umrah." Bagaimana caranya?
Rasulullah saw bersabda, "Siapa yang membaca subhānallāh wal hamdulillāh wa lā ilāha ilallāh huwallāhu akbar, ia dinilai sama dengan orang yang melakukan haji dan umrah."

Menurut Rasulullah saw, barangsiapa yang membaca wirid itu lalu tertidur pulas, kemudian dia bangun kembali, Allah menghitung waktu tidurnya sebagai waktu berzikir sehingga orang itu dianggap sebagai orang yang berzikir terus menerus. Tidurnya bukanlah tidur ghaflah, tidur kelalaian, tapi tidur dalam keadaan berzikir. Sebetulnya, bila sebelum tidur kita membaca zikir, tubuh kita akan tertidur tapi ruh kita akan terus berzikir. Sekiranya orang itu terbangun di tengah tidurnya, niscaya dari mulut orang itu akan keluar zikir asma Allah.

Khamis, 27 Oktober 2011

Cinta lagi ...

cinta itu apa ? kenapa ia mesti ada .. arghh , pada peringkat umur apa pun kita boleh jatuh cinta ,bila2 masa pun ia boleh datang dan pergi, kejammya... susahh ke senang ke cinta ni kita seorang je rasa nikmat dan kesannya , kau tau ? tak tahu kan ? jadi aku nak bagi tahu ye ..

  aku Jatuh Cintaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !

satu perasaan yang aku nak buang , tapi makin dalam , aku mengaku aku memang perlukan cinta ! tapi cinta yang ni  pada seorang makhluk yang bergelar  L e L a K i  , setiap malam aku berdoa jauhkan perasaan ni , sebab aku taknak leka , tapi bila aku nak tidur je , mesti ada bayangan dia .. hadoi susah nak padam dia ni :'(



cinta itu indah , satu nikmat yang Tuhan beri pada makhluk-makhluk ciptaan-Nya ,
namun cinta itu kala meributkan , menyusahkan yang merasa , kenapa? 
untuk orang yang berjaya mengetuk kembali hati aku ni , buat orang yang banyak kali aku cuba padam dan buang , buat orang yang aku selalu sakitkan ini , aku nak beritahu yang kau berjaya menjadi Prince Charming aku , yang berjaya buat aku berangan melamar kau , gilaaaaaaaaaaa !

Untuk Kau  : 

kau tahu semalam aku berangan yang aku melamar kau,
semalam jugak aku berangan yang kau terharu dan terima lamaran aku,
setelah lama kau aku sakitkan ,
setelah lama kau bersabar dengan karenahku,
aku yang merancang segala perasaan itu untukmu,
aku taknak jatuh cinta sebelum nikah.,
aku nak rasa cinta selepas nikah , 
tapi kenapa kau yang terbayangggg dalam anganku itu ? 
aku tetap meneruskan bayangan itu ,mencipta kegilaan cinta ,
dalam anganku kau seorang yang penyabar ,yang sanggupp bersabar dengan karenahku,
teman2 aku layan baik je , bagi hadiah ,bagi bantuan . tapi kau ? tak pernah dapat,
kau tarik muka selalu ,tapi kaver2 dengan malu ,
aku tahu kau terasa jadi aku tetapkan tekad kaulah pilihanku ,
akuu , aku perempuan yang lamar kau , kerana aku tau apa rasa sakit..
aku tau itulah waktu yang tepat ! hahahaha

ehh , kaurang nampak tak kehebatan cinta tuu ? nampak hahah, gilalah aku boleh terbayang benda ni ....
dan aku percaya ramai yang sedang dihantui cinta ini .. hahaha .. T a h n i ah ! buat kau jejaka , kau takkan tahu perasaan aku pada kau hingga sampai masanya , mungkin aku akan terlambat tapi aku tak kisah , sebab aku tahu cinta tu boleh datang dan pergi .... <3
 memang gila .. hahaha , kauu sudi ke ?? haha... Kuat angannya kan .. kahkahhhh :D

Rabu, 26 Oktober 2011

Perempuan VS Lelaki

wahh gilalah post kalini .. kau ada ? ahha , kalini BG nak kongsi gak pendapat tentang isu macm ni ..
disebabkan BG ni perempuan mestilah BG sokong perempuan lebih baik dari lelaki . tapi tak salah jugak kalau BG nak sokong laki .. haha


Okey bezanya dua jenis makhluk ini selalunya melibatkan perwatakan .. kalau watak tu senang je nak kenal , walaupun sekarang bertambah2 jantina baru .. hehe

-- P e r e m p u a n --
~ wahh , P memang cepat berperasaan , tersentuh , menjiwai dengan senanggg !
~ P jugak ramai sekarang bbanding lelaki .
~ takde orang panggil P nakal , kalau dia ter-over sikit mesti orang kata kami Gedik , Gatal , Jahat ..euuuk
~ boleh jadi kejam sekejam-kejamnyaa , dan bole jadi sebaik-baiknya terhadap seseorang ,sesuatu atau            dirinya , umpama kalau dia jahat dia setan , dia baik dia malaikat gituu ..
~perempuan memang dilahirkan dengan perasaan yang lebih dari lelaki , sebab tu mudah nangis walau semut gigit .. ouchh
~kalau dah gedik tu buat2 comellah , ala macam kucing kan ?
~boleh jadi ibu yang penyayang tapi pada anak dia je ! haha

-- Le l a k i --
aku tak tahulah yang aku citer ni betul ke tak ..aku bg pendapat je :)

~laki tu simple , kalau dia kata NO jadi maksud dia tidak *senang cite tak suka dolak-dalih kan ?
~boleh jatuh cinta pada setiap wanita , tak kira mak orang ke bini Pm ke , yang penting dah jatuh hati ..
~can easy say hai and bye , hey korang pikir P ni macam laki ke , hehe
~kalau dah sayang P dia tu , sayang sangat2 sampai kalau kehilangan P dia , dia akan bermurung !
~boleh jadi lelaki budiman , boleh jadi beriman dan ada yang jadi cam sitan -.-
~kalau hot tu tsangatlah hot , kalau cool tu tsangatlah cool , alah senang cite laki memang simple !!
~laki takde feeling lebeh2 macam perempuan .. biasalah L E L A KI kan ? :)

okey akhir kata ada yang tak setuju ? okey sila komen ^^ , best gak post tajukk ni ..weee
tapikan waktu kecik2 yang lelaki selalu nampak comel macam perempuan ..haha

can I erase the sadness God ? please :')

hew hew .. hai cute nak tau ke kisah BG today ? okey tanak tau takpa , BG beri tau jugak !

For a few days before , ecehh speaking plak minah ni , k k .. I speak malay back ^^
dalam masa 2-3 hari ni kan BG punya mata selaluuu berdenyut2 , tak kesah la yang kiri, yang kanan tak kira lagi yang atas dan bawah tuww .. so , BG wondering doe , BG mintak tolong Mr.Google lah apa lagi , ewahh banyak jwapan dia .. antaranya akn nangislah , dapat wanglah , jauh dari kesedihan melampaulahh .. ahha.
this things were very annoyed me :( k skang masa BG tgh taip ni pun mata BG gatai2 lg berdenyutt .. hurm ..

RUPA-RUPANYA !!! 

BG memang nak nangiss , hurm baru pas abis nangis ..walaupun anak2 buah kawan BG sebok main bunga api sempena raya dorang an .. haha , masa tu BG betul2 lemah , muncul plak kawan BG masa tu , jd mangsa japp..ahha tp BG tak bg tau ponn hal sebena , BG beri point je , lg pon BG tengok dia mcm letih ,yelahh main bunga api kan dgn anak buahh !

nak tau tak napa tajuk post BG kalini macamni :'( ??
skang ni BG betul2 kena kuat hadapi masalah ni tanpa ada kawan yang tahu BG susahh .. BG akan senyum macam biasa walaupun hati BG kosong .. BG nak Allah je skang .. :''(


tak lama lagi ayah BG akan benti kerja , OMA .. whats goin ong ? yalah bapak BG da tua tak larat nak kerja ..tapikan skang ni masa kituwang adek-badek sedang membesar dan memerlukan bnyakk duit :( BG takut bila dengar ayah BG akan bhutang nnt , skang ni nak harapkan mak pun kesian .. skang bergantung pada bussines sedang2 tu jelah ...

BG sedih sangat2 skang tp BG cubaa kuatkan hatii , BG baru je tsedar balik lepas BG hilang smangat pada SPM , hadoi .. ini tanda Allah tu sayangkan BG kan ? takpe BG kan kuatt ^^ .. huhuk .. mungkin Allah nak bg kesenangan ke lepas ni , Alhamdulillah :') BG tunggu dan usaha ke arah kejayaan itu <3

   

If i can erase all the hurts and sadness of course i wouldn't want it back and come again to me , but now i relised that my hope is not good because all the faith from You i need to face ! I need to be stronger girl , I should push my self towards Success and become the Queen ,King and Winner ! ya I can , go BG <3

O Allah give me the strength , patient , and determination in LIFE now and Forever , Ameen :')